Friday, October 29, 2010

1, bukan 2 atau 3

Nak jumpa Pak Menteri
Nak hadiri majlis rasmi
Nak hadiri mensyuarat Kementerian
Nak hadiri majlis berprotokol
Nak pergi kursus

Semuanya kena pakai ini.




Kain yang diberi nama 1 Malaysia.
1 meter RM 22.00.

"Errr...Mahalnya. Ingatkan 4meter RM22.00".

"Mestilah mahal sebab ni dibuat khas. Lagipun kain ela sekarang mana ada murah".

"Ada, kat aked tu, RM50 dapat 3 pasang, lagi cantik-cantik".

Dan dia tarik muka masam.

Jangan tanya apa sumbangan negara pada anda
Tapi, tanya apa sumbangan anda pada negara :D

1 Malaysia! 1 Malaysia!
Sambil jerit dan angkat jari telunjuk ok, bukan jari lain :D

Thursday, October 28, 2010

Tewas dalam nikmat

Kononnya tak nak makan nasi malam-malam.
Kononya tak nak minum ais malam-malam
Tapiiiii, baru je dia ajak-ajak ayam aku dah angguk2.

Dan inilah makan malamku semalam. 

Nasi putih, telur bungkus,kailan ikan masin,tomyam.

Dia oder carrot O, sedap pulak. Kalau carrot susu aku takleh telan,bau macam tanah.



Pencuci mulut, kerabu buah yang slow2 pedas.
Sebab slow2 pedas maka aku asyik berulang ke tandas.
Kalau high2 pedas mau aku tido dalam tandas agaknya.


Wednesday, October 27, 2010

Lipat2 sakit tau...

Dia kata dia beli buku baru.
Aku saspek mesti buku kaler.
Rupanya buku ini.

"Kita buat sama-sama ye".
Lemah semangat.
Sapalah yang beli buku ni.
Aku sungguh tak pandai nak buat keje lipat melipat


Sebelum dia pegi sekolah tadi aku hulur buku tu.
" Bawak buku ni buat ngan kawan2 kat sekolah.Mesti kawan2 suka".

Dan dia sangat gembira
Aku pun lega, dan aku harap dia tertinggal buku tu di sekolah sebab dia ni jenis pelupa sikit :D

Tuesday, October 26, 2010

Jika dirimu tahu ku milikmu....

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya



Majlis Persandingan Linda Dan As
Taman Ibukota
23 Okt 2010

Aku suka majlis ni sebab :

1. Ada abang Rela yang carikan paking untuk aku ngan kts :D
5-6 kali dok pusing takde paking, harus melecet kaki kalau paking 10km dari dewan kan.

2. Makanan yang sedap dan dewan yang sejuk :D
Rasa taknak bangun lepas makan tapi bila tengok jemputan yang ramai berderet terpaksalah bangun juga.

3. Terpegun tengok pelamin merah putih yang sangat cantik :D
Errr..kts,aku dah cop kaler gold, ko pilih kaler lain ok.

4. Dapat cuit bahu pengantin tapi pengantin buat taktau :D
Pengantin perempuan gabra, aku dok depan dia pun dia dah tak nampak.
Abang As, amboi, senyum sokmo.

Gambar tu hasil seni kts ok, kalau ada kekurangan sila kutuk dia,hahahaha. 

Epal dari pengantin, harus dimakan untuk ambik berkat. :D

Semoga bahagia hingga ke akhir hayat buat Linda dan As.
Dan terima kasih sudi jemput kami.


Monday, October 25, 2010

Jangan main gunting

Dia tanya kenapa aku simpan setem.
Aku cakap aku memang minat kumpul setem.
Aku cakap lagi aku ada 4 album setem, tempatan dan luar negara.



Dia tanya lagi takkanlah sebab minat je.
 Aku cakap sebab aku nak jadi kaya dengan kumpul setem.
Dia makin rapat, makin berminat.

Aku cakap mungkin 20tahun akan datang orang dah tak guna setem.
Masa tu pulak kerajaan cari orang yang ada simpan setem lama2.
Aku cakap lagi kalau kerajaan bayar aku sekeping setem RM1 pun dah berbaloi
sebab aku ada berpuluh ribu setem dalam simpanan.

Dia ternganga, terkesima.

Dan esoknya, bila posmen hantar surat, dia cepat2 pegi gunting setem.

Wah!!!. dah lawan tokey ni. 

Friday, October 22, 2010

Buah keranji dalam perahu

Hari tu tengok drama Melayu.
Cerita bagus,pengarah bagus, hero ngan heroin mantap.

Drama bersiri.

Satu episod tu, lepas solat hero mengaji.
Adoiiiii, sakit sungguh telinga bila dengar hero mengaji.
Baca bismillah pun tergagap-gagap.
Berterabur harakat, panjang pendek taktau kemana.

Banyak juga tengok drama melayu lain, bila bab mengaji semuanya tunggang langgang.

Pengarah patut pikir, sesuai ke tidak seseorang tu mengaji, dan kalau nak mengaji juga,
sila sebut dengan betul, jangan hentam keromo saja.

Kalau nak tunjuk hero tu alim tak semestinya kena paksa dia mengaji kan.

Ni yang kekadang malas nak tengok drama Melayu

Thursday, October 21, 2010

Roti bakar sapu jem

Dia hulur bungkusan plastik besar.
Aku sambut dengan jiwa kecik.

" Banyak khasiat. Buat jem ngan jus, nanti bagi saya sikit eh".




Ok, balik keje nanti nak pegi Giant, nak beli jem ngan jus roselle.

Jem kita korek bubuh dalam bekas.
Jus pulak kita kasik masuk dalam botol mineral water.

Esok bagi dia, mesti dia terima dengan jiwa yang lagi BESARRRRRR.