Lama tak bergurindam kat blog. Ada masanya kita di atas, ada masanya kita di bawah,hehehe.
Hari ni pun bersemangat sebab baca suratkhabar pagi tadi pasal F1. Michael Schumacher akan menggantikan tempat Felipe Massa yang tercedera akibat terkena serpihan kereta Barrichello minggu lepas.
Harapnya Shcumacher akan memberikan persembahan terbaik. Go Ferrari, Go.
Baca metro tadi kalo nak pangkat DATUK senang je, isi borang dan bagi RM5K, dapatlah gelaran tu. Buleh pulak macam tu ye." Datuk Juliet", sedap gak bunyinya :D
"Juliet,you buat apa?
"Errr, key in data bosss.
"Good".
Thursday, July 30, 2009
Thursday, July 23, 2009
Anak dara

"Kat sini ada jual minyak anak dara tak?".
"Hah! Apa pakcik?"
"Minyak anak dara?"
"Errrr, betul ke yang pakcik sebut ni?"
"Betullah, naper? Kat sini takde jual ke? Pakcik pegi kat farmasi A pun takde, susah ye nak dapat minyak tu".
"Minyak anak dara ke minyak kelapa dara?"
"Errrr,errrr, yang tu lah, minyak kelapa dara,betullah yang adik sebut tu".
Aku dengan kawan bantai gelak lepas pakcik tu keluar dari farmasi. Kesian pakcik tu muka dah merah semacam masa bayar.
Wednesday, July 22, 2009
Rumah orang
Aku tak kisah berkawan dengan perokok kerana ayahku dulu seorang perokok, saudaraku ramai yg menghisap rokok, kawan-kawan lelakiku juga perokok. Dan aku sangat menghormati mereka selagi mereka menghormati aku.
Semalam, seorang kawan ayah datang ke rumah. Saja berbual kosong dengan ayah. Aku sedang menolong ibu di dapur menyediakan hidangan untuk tetamu. Tiba-tiba hidungku menangkap suatu bau, ya, bau rokok. Bau itu sangat dekat. Dan tiba-tiba aku melihat ada kepulan asap nipis keluar melalui pintu bilik air. Aku dan mak berpandangan dan sama-sama mengangkat bahu. Tidak lama kemudian pintu bilik air di buka dan tetamu ayah yang keluar dari situ.
"Yekkkkkkk, kotornya", aku dengar anak buahku menjerit dari dalam bilik air.
Tetamu tadi membuang air sambil menghisap rokok dan habuk serta puntung rokoknya 3-4 batang berterabur atas lantai bilik air. Sungguh kejam tetamu itu kerana aku terpaksa membersihkan bilik air masa tu jugak. Rasa nak pengsan bau asap rokok terkepung dalam bilik yang kecik saiznya tu. Kalau kat tandas awam bolehlah buat macam tu, ni tandas rumah orang.

Monday, July 20, 2009
"AAK,AAKKKK,sahut gagak
Sambil tunggu LRT kat PWTC tu aku seronok tengok pelbagai kerenah manusia. Ada yang berlari-lari dengan kasut tumit tinggi, ada yang selamba berjalan, ada yang nampak gembira kerana baru selesai membeli belah kat The Mall, ada yang nampak macam nak telan orang sebab LRT tak sampai lagi. Tengah dok perhati keadaan sekitar tu, tetiba aku terpandang seekor gagak sedang mengeram telur di pokok yang aku taktau namanya, macam pokok pinang.
Aku menegur gagak yang nampak curiga, "aakkkk,aaakkkkkk,aaaakkkkkk". (dah berapa hari ko mengeram).
Dan aku tak sangka gagak tu paham apa yang aku cakap. Dia terbang ke arah aku dan menjawab "aaakkkkk,aaaaaaaaak,aaaaakkkkkk". (jangan ko cobak nak musnahkan sarang aku)".
Takut pulak aku bila si gagak macam nak menerpa dan mematuk aku. "aaaaaaakkk,aaaaakkk"(jangan takut, aku budak baik).
Aku menegur gagak yang nampak curiga, "aakkkk,aaakkkkkk,aaaakkkkkk". (dah berapa hari ko mengeram).Dan aku tak sangka gagak tu paham apa yang aku cakap. Dia terbang ke arah aku dan menjawab "aaakkkkk,aaaaaaaaak,aaaaakkkkkk". (jangan ko cobak nak musnahkan sarang aku)".
Takut pulak aku bila si gagak macam nak menerpa dan mematuk aku. "aaaaaaakkk,aaaaakkk"(jangan takut, aku budak baik).Si gagak pun kembali ke sarangnya semula dengan tenang apabila mendengar pengakuan aku.
Friday, July 17, 2009
Beranikah aku?
Sejak balik dari Cameron hari tu aku demam dan batuk tak berenti sampailah ke hari ni. Semalam jumpa seorang kawan, sembang-sembang. Dia cakap kesian tengok aku terpaksa cakap dengan perlahan dan tersekat-sekat. Dan dia bagi petua ini untuk hilangkan batuk dan dia pernah cuba dan kesannya sangat mujarab.Beli coke yg tin berwarna merah ye.
Bukak penutupnya.
Ambik periuk dan isikan air agak2 separuh periuk.
Ambik air coke yg dah dibuka penutupnya tadi dan masukkan dalam periuk.
Rebus lebih kurang 5minit.
Kemudian sejukkan coke tadi dan minum sikit2,kiranya setin coke untuk sehari.
Aku tengah pikir ni, nak cuba ke tidak. Terus minum gitu je buleh gakkan, asalkan niat nak buat ubat batuk,hehehehehe.
Wednesday, July 15, 2009
Aku bukan CALO
"CALO jangan sebarangan di sini ya"
"Ibu majikan atau CALO?".
"Errr.....(menatang apa calo tu)
"Ibu sudah ambil formulirnya?"
"Errrr...(menatang apa pulak formulir tu)
"Ibu mau formulir putih atau biru?"
"Errrr....(ah! sudah)
Satu hari semalam aku berkampung kat Kedutaan Indonesia sebab bawak staff sambung paspot. Masuk je gate aku diserbu dengan macam2 soalan oleh pak guard yang berbangsa dan berbahasa Indonesia. Melopong mulut aku. Aku tanya staff aku apa yang pak guard tu dok tanya,dia cakap dia pun tak paham. Kalut sungguh haih staff aku ni.
CALO yang dimaksudkan adalah EJEN. Tapi aku rasa ramai gak ejen yang berkeliaran kat depan pintu tu. Selalunya ejen akan kenakan caj untuk mengisi formulir atau borang. Aku pun taktau gak, aku tanya2 orang kat situ ler.
Formulirnya diisi terlebih dahulu ya buk, udah siap baru boleh ambil nomer giliran.
Baru pukul 8.30 pagi tapi dah penuh tempat duduk. Ramai sungguh. Staff aku dapat giliran yang ke 200 lebih. Tengah dok tunggu2 tu tetibe jam berdenting pukul 1pm, dan tetibe aku tengok semua petugas kat LOKET bangun sambil membetulkan pinggang masing2. Rupanya dorang tutup semua loket/kaunter selama 1 jam untuk makan. "Waduh, ngapain gini pak? Harus pukul berapa saya siap nih?".
Bangku2 kosong kerana semuanya pegi menjamu selera. Aku malas nak berebut ngan orang, dok sajalah dalam ni sambil pejam2 mata jap. "Woiiii, kaki sapa tu? Kalo berani tunjuk muka la wehhhhhhhh".
Loket2 yang kosong kerana petugas pegi makan. Kali terakhir aku datang sini tahun 07, kena beratur dan berebut atas bangku2 kayu, tiada pendingin hawa. Sekarang keadaan jauh berbeza, sudah ada nombor giliran, sudah ada meja yg cantik untuk mengisi borang, suasana yg terkawal dan nyaman, dan bapak2 yang bertugas juga sangatlah ganteng.
Dipintu keluar aku ditegur dengan ramah, "moga ibu puashati dengan layanan kami".
"Iya pak, terima kasih ya, DAAAAAAAAAA.":D
"Ibu majikan atau CALO?".
"Errr.....(menatang apa calo tu)
"Ibu sudah ambil formulirnya?"
"Errrr...(menatang apa pulak formulir tu)
"Ibu mau formulir putih atau biru?"
"Errrr....(ah! sudah)
Satu hari semalam aku berkampung kat Kedutaan Indonesia sebab bawak staff sambung paspot. Masuk je gate aku diserbu dengan macam2 soalan oleh pak guard yang berbangsa dan berbahasa Indonesia. Melopong mulut aku. Aku tanya staff aku apa yang pak guard tu dok tanya,dia cakap dia pun tak paham. Kalut sungguh haih staff aku ni.
CALO yang dimaksudkan adalah EJEN. Tapi aku rasa ramai gak ejen yang berkeliaran kat depan pintu tu. Selalunya ejen akan kenakan caj untuk mengisi formulir atau borang. Aku pun taktau gak, aku tanya2 orang kat situ ler.
Formulirnya diisi terlebih dahulu ya buk, udah siap baru boleh ambil nomer giliran.
Baru pukul 8.30 pagi tapi dah penuh tempat duduk. Ramai sungguh. Staff aku dapat giliran yang ke 200 lebih. Tengah dok tunggu2 tu tetibe jam berdenting pukul 1pm, dan tetibe aku tengok semua petugas kat LOKET bangun sambil membetulkan pinggang masing2. Rupanya dorang tutup semua loket/kaunter selama 1 jam untuk makan. "Waduh, ngapain gini pak? Harus pukul berapa saya siap nih?".
Bangku2 kosong kerana semuanya pegi menjamu selera. Aku malas nak berebut ngan orang, dok sajalah dalam ni sambil pejam2 mata jap. "Woiiii, kaki sapa tu? Kalo berani tunjuk muka la wehhhhhhhh".
Loket2 yang kosong kerana petugas pegi makan. Kali terakhir aku datang sini tahun 07, kena beratur dan berebut atas bangku2 kayu, tiada pendingin hawa. Sekarang keadaan jauh berbeza, sudah ada nombor giliran, sudah ada meja yg cantik untuk mengisi borang, suasana yg terkawal dan nyaman, dan bapak2 yang bertugas juga sangatlah ganteng.Dipintu keluar aku ditegur dengan ramah, "moga ibu puashati dengan layanan kami".
"Iya pak, terima kasih ya, DAAAAAAAAAA.":D
Monday, July 13, 2009
Kita hanya merancang
"Kalau mengikut nama yang tertera di sini, memang sah ini pil perancang".
"Hahhh! Betul ke cik? Kami memang dah syak".
"Tapi pil perancang juga bleh digunakan untuk menghilangkan jerawat, pil ini akan menstabilkan hormon dalam badan kita. Mungkin dia makan pil ini untuk jerawat".
"Muka dia dah cantik, takkan dia makan pil ni untuk jerawat. Memang kami dah agak dia ada buat sesuatu yang pelik".
"Mungkin dia sudah berkahwin secara senyap2,boleh jadi dia malu untuk memberitahu kawan2 sebab umur pun baru 19tahun".
"Tak mungkin dia dah berkahwin, kami memang syak dia ada menyimpan sesuatu yang sangat rahsia dalam almari dia. Nak pegi bilik air sekejap pun dia akan kunci almari, kiranya almari dia terkunci 24jamlah. Padahal bukannya ada benda berharga pun."
"Adik2 siasatlah dulu, bertanya dan berbincang, jangan main serbu saja ".
"Terima kasih atas pertolongan cik".
Aku pegi farmasi untuk beli ubat, tengah borak-borak dengan kawan tetiba masuk 3-4orang pelajar kolej dan meminta kawanku mengenal pasti gambar ubat di henpon dorang dan katanya ubat itu milik seorang kawan yang mereka syak telah melakukan sesuatu.
Kawanku mengesahkan yang pil itu adalah pil perancang dan dari cerita budak2 kolej tu nampaknya macam ada sesuatu yang tak kena dengan kawan mereka. Aku tau pil perancang boleh menghilangkan jerawat tapi tak terasa ingin mencubanya. Agaknya kalau aku makan pil perancang tu untuk jerawat pastu mak jumpa mau meroyan dia, tak sempat aku cerita yang betul dia dah sabitkan kepala aku,hehehehe.

Subscribe to:
Posts (Atom)