Wednesday, January 23, 2013

Tajam

Semalam ada saudara datang berziarah ke rumah.

Mak suruh saya buat air untuk tetamu.

Saya pun kelentang kelentung sorang-sorang kat dapur.

Tiba-tiba pakcik sedara yang datang tu masuk ke dapur 

dan tunjuk charger henpon saya yang dah putus.

"Pakcik terduduk tadi, tengok-tengok dah putus".

"Takpe,takpe", saya senyum je.



Macam manalah cara pakcik saya tu duduk sampai boleh putus charger ni?






Tuesday, January 22, 2013

Kalau kail panjang sejengkal...

Sudah berpuluh kali saya dapat sms daripada nombor yang tak dikenali.

Sms tu datangnya daripada penganjur pertandingan memancing yang mengajak saya

menyertai pertandingan memancing yang mereka anjurkan di merata tempat.

Saya pernah mendaftar untuk masuk pertandingan memancing ke?

Ahh!! Keliru di situ.

Ada yang berminat nak masuk pertandingan tu?

Kalau ada yang berminat nanti saya bagi nombor penganjur, errrr....hadiah boleh bagi dua ke? Ehehehehe


Monday, January 21, 2013

Buli

Umi dia selalu puji Asyraf senang di bawa membeli-belah
sebab dia akan duduk diam-diam dalam troli.

Umi tinggalkan Asyraf dengan saya.
Dan kebetulan pulak saya perlu ke pasaraya
untuk membeli barang penting.

Saya pun bawa Asyraf sama, sampai di pasaraya
saya ambik troli dan masukkan dia dalam tu.

5minit pertama dia sangat ok, duduk diam-diam dalam troli
sambil minum susu.

Lepas habis susu sebotol, dia campak botol susu keluar troli
dan meraung-raung minta dikeluarkan.
Dan saya jadi perhatian orang yang lalu lalang.

Puas saya pujuk bagi macam-macam tapi Asyraf
tetap nak terjun keluar troli.

Akhirnya saya mengalah.
Bukan main dia berlari dalam pasaraya
hinggakan saya pun diajak berlari sama, ye la kan, orang ramai,
takut hilang pulak, anak orang tu, kalau anak sendiri
senang kawtim :D



Lain kali acik takkan tertipu lagi dengan kenyataan baik umi awak.

Friday, January 18, 2013

Nakal


18hb, Wednesday, saja nak buat saya gelabah En.Kalendar ni.

Dahlah hari-hari saya dok bilang hari, tunggu Jumaat sebab esoknya Sabtu saya cuti. :D



Thursday, January 17, 2013

2

Semalam terjumpa dengan En.S, cikgu sekolah memandu saya dulu. Tanya kabar dan berbual sekejap.

Teringat cerita 5 tahun dulu masa saya belajar memandu dengan En.S.

Satu hari masa saya tengah memandu En.S suruh saya berhenti di stesen minyak sebab dia nak ke tandas. Sebelum keluar dia hulur telefon bimbitnya pada saya dan pesan suruh saya jawab panggilan tak kira dari siapa dan ambik pesanan dari pemanggil.

1 minit lepas En.S keluar telefon bimbitnya berbunyi dan nama yang tertera di skrin ialah "sayang". Saya dah kelam kabut, nak jawab ke tak panggilan tu, tapi bila ingat sifu pesan suruh jawab, dengan takut-takut saya tekan butang hijau.

Saya : "Hello, saya student En.S, dia pegi tandas dan dia pesan suruh saya jawab panggilan".

Dia : "Oooo...saya dah biasa, En.S memang macam tu.Saya isteri dia, sampaikan pesan suruh
            dia balik awal sikit malam ni ya, ada hal kat rumah,ok,dik,terima kasih".

Saya : "Sama-sama", sambil tarik nafas, lega.

Bila En.S masuk dalam kereta terus saya cakap yang isterinya telefon.

En.S : " Isteri no.1 ke no.2?"

Hah! Saya pandang tepat-tepat pada En.S dan berharap dia bergurau saja.

En.S : "Dia tak cakap isteri no.1 ke 2?"

"En.S ada dua isteri ke?", tergagap-gagap saya bersuara.

"Ya, dan awak jangan risau, tak mungkin ada yang ketiga, buat masa ni lah", katanya sambil senyum-senyum.

Terkesima. :D


Wednesday, January 16, 2013

Anak Jantan


Tahun ini dia sudah 14tahun.

Dari mula cuti sekolah lagi dia dah mintak sebuah basikal untuk ke sekolah.

Tahun lepas dia pergi sekolah dengan van sekolah.

Setelah berbincang dan memikirkan buruk baik, abahnya belikan dia basikal.

Sekolah dan rumah tak jauh, dalam 3km lebih kurang dan jalan pula tak sibuk.




Basikal dia, tiap-tiap hari basuh dan angkut masuk dalam rumah. :D

Semalam dia balik sekolah dalam hujan lebat, basah kuyup.

Tapi dari jauh dia senyum je.

"Abang anak jantan, mesti tahan panas dan hujan", kata dia.

Kami pun senyum-senyum juga :D

Harap-harap dia boleh ganti Azizulhasni :D

Tuesday, January 15, 2013

Jauh...


Bos saya balik  ke kampung halamannya di Guangzhou.

Saya berangan bos akan bagi sehelai t-shirt bertulis Beijing, atau sebiji beg tangan Gucci made in China pun ok, atau sepasang kain sutera.

Tapi kecewa, dia bagi limau tambun yang rupa macam buyung ni saja. :C

"Ni limau dari kampung saya, uncle saya tanam banyak belakang rumah dia".

Ya lah bos, saya percaya.