Tuesday, September 21, 2010

Kasihan mulut sama perut

Pegi rumah dia masa raya.
Dia cakap ibubapanya tiada,ada urusan diluar kota.
Dia tanya aku ingin makan apa kerana dia tak bersedia.
Aku cakap makan kuih dalam balang saja.

"Kung kang kung kang, bunyi macam orang bertukang.
Intai-intai, tapi hanya nampak belakang dia.

"Arghhh, sedap juga", kata dia.
Aku hanya angguk-angguk kepala.
Dia suruh aku cuba, errr.....maaf..aku tak berani.




Nasi goreng anak dara, kata dia.
Errr.....macam hangus je....

Wednesday, September 8, 2010

Dinda terima...

Dia kata ada sesuatu untuk aku
Dia kata harus diambil segera
Dia kata benda istimewa hanya untuk orang istimewa

Aku suka
Aku gembira
Aku bahagia




Biskut raya dari Istana Negara. Kamu pun mahu juga?
Err...nanti cuba kutanya pada pengawal berkuda :P

Terima kasih kanda kerana tidak melupakan dinda
Errr....bila nak bagi pingat atau anugerah pula?
Dinda terima dengan hati terbuka. :P

Selamat Hari Raya untuk Kanda dan semua.
Maaf Zahir Batin.

Tuesday, September 7, 2010

Calar Balar




Dia masuk ofis sambil kepit sampul besar.
Dia masuk ofis cepat-cepat.
Dia masuk ofis sambil pandang-pandang muka.

5 minit kemudian.

Dia lambai-lambai.
Dia senyum-senyum.
Dia nampak ceria.

"Untuk you".

Hati dah berbunga-bunga.
Hati dah berkira2 nak ke uptown Danau Kota.
Hati dah kembang.

Ambik sampul besar dari dia, laju2 jalan ke meja.
Rasa nak melompat-lompat gembira.

Buka sampul besar dan lihat isinya,

=

=


=



=



=









Waaaaaaaaaaa, tak mau, tak mau, tak mau. Sampul raya.

Tahun lepas punya pun banyak lagi, waaaaa,waaaaa.

Friday, September 3, 2010

Selamatlah Abishekku....

Semalam berbuka agak terkocoh-kocoh sebab nak pegi The Mall.

Beli henbeg baru? Bukan.

Beli baju raya? Hurmm..cukuplah yang kts bagi sepasang tu.:P

Sebenarnya aku pegi belikan sesuatu untuk dia, tak payahlah korang tau apa yang sedang
 dibungkus oleh abang itu.

Aku belikan sesuatu untuk dia sebagai peneman disana kerana malam esok dia akan
 berlepas ke Manipal, India. Belajar untuk menjadi doktor yang garang macam dr.singa :P

Selamat pergi dan selamat kembali. Jangan bawak balik Aishwarya dari Manipal sudahlah, ku kecewa.

Tetibe rasa nak nyanyi lagu hindi, tapi tak tau la pulak,otak jem :P

Wednesday, September 1, 2010

Perbualan di hujung Ramadhan

Kong, Kong, batuk.
Kong, Kong, batuk lagi.
Kong, Kong, batuk makin kuat.

"Abah tak makan ubat ye sahur tadi?"

"Makan".

"Kalau makan kenapa batuk tu? Kalau ummi tak bagi ubat bukannya abah nak cari sendiri.
Ummi nak tengok anak2 lagi, nak jaga abah lagi".

"Ubat tu besar sangat, ummi nak suruh abah mati cepat ke telan ubat besar2"

"Kalau abah ada insuran juta2, saving juta2, nak jugak ummi doa gitu".

"Errkkkk...gulp"

Errrr....pengajaran dari balik pintu yang aku dapat ialah, sebelum kawin kena tanya pasangan
banyak mana insuran dengan simpanan dia yang boleh aku dapat kalau ditakdirkan sesuatu
berlaku padanya,eheheheheh.

Monday, August 30, 2010

Bila Sabak Bernam dan Rawang bersatu...



Kakak pegi menziarah sahabatnya yang kemalangan di Sabak Bernam.
Dekat Tg.Karang dia singgah beli biskut raya, murah, sebekas RM10-13sahaja.
Cantik dan sedap, errr....aku tau sedap sebab aku dah curi2 makan :P

Ingatkan kerepek je yang murah. Mujur kakak tak bawak duit banyak,
kalau tidak mau borong satu kedai  sebab kakak sangat boros.
Kalau pegi pasar ramadhan pun dia selalu beli banyak makanan
lepas tu paksa kami makan.
Bila dah makan banyak, terpaksalah aku lupakan hasrat untuk berkebaya
pada hari raya yang mulia nanti :P



Oh! Ini pulak balang kuih pemberian Pn.Amarjit. Sangat cantik, rasanya tak sampai hati nak letak
biskut raya dalam balang tu.
Atas penutup ada rama-rama biru, kalau letak penyubiru pun ok juga,ehehehe.

Errr....bila tenung lama-lama balang kuih ni macam hantaran pulak, apakah
ada udang disebalik batu? Errr.......:P

Wednesday, August 25, 2010

Kad Pengganti Diri? Betullah tu.

Semalam dapat kad raya dari abang.
Atas kad tu tulis kad sebagai pengganti diri.
Untuk abang memang tepat sekali kata2 tu sebab
abang memang takkan balik pun masa raya.
Masa tak raya pun abang susah nak balik, sibuk katanya.
Haihhhhh, anak lelaki sorang ni.


"Ayahhhhhhh, kenapa tampal cd abang kat skuter Julietttttt?"
"Skuter kamu,beli guna duit ayahkan, suka hati ayahlah".

Cd tu ada dalam kad raya yang abang hantar, bolehlah pulak ayah pegi tampal kat skuter aku,tak cun lagilah.
Kasih sayang seorang ayah, begitulah.

Tiba2 rasa nak hantar lagu Dendang Perantau kat abang biar dia insaf sikit :P