Monday, January 11, 2010

Parti Bujang? Beverly Hills?..Errmmm..

"Jom"


"Kenapa tak di sini saja?"


"Mungkin jodoh sedang menunggu kita disana".


"Cehhh"


Sukar untuk percaya tapi itulah hakikatnya, diajak berparti hingga ke Beverly Hills, macamlah di KL ni takde tempat yang hebat. Kerana kawan aku ikutkan saja, lagipun segalanya ditaja, apalagi marilah kita hirup udara segar ditempat lain pula.


Apsal tutup muka? Korang blogger eh?

Orang bujang berparti di Beverly Hills, riuh rendah dengan hilai tawa, tapi tak mengganggu orang lain ye. Meraikan seorang teman yang akan menamatkan zaman solonya pada bulan depan, moga semua yang dirancang untuk hari bahagia nanti akan dipermudahkan tuhan. Adakah rakan itu yang ada dalam gambar diatas? Tunggu dan lihat saja nanti.





Harap buleh datang lagi pada masa akan datang, untuk bulan madu pun ok gak nih,hehehe.





Wednesday, January 6, 2010

Dulu..Bezanya


Masa abang nak balik semula ke tempatnya tempoh hari, aku bersalam, cium tangan dia.


Kemudian abang peluk aku, cium pipi kiri kanan. Tiba2 dia pandang aku,"eh,lembutnya pipi kamu Juliet,tak macam dulu.




Hello bang, dulu tu bila? 9-10tahun lepas? Oh! abang dah lupa agaknya, zaman aku mengangkat senapang kayu berpelurukan buah ceri hijau dah lama berlalu, zaman aku meredah longkang tanpa berselipar dah lama berlalu, zaman aku berseluar pendek main nyorok2 juga dah lama berlalu.




Juliet kini adalah seorang gadis sunti yang sudah pandai berasa malu jika diusik oleh pemuda2 nakal bawah pokok ketapang tu, Juliet kini adalah seorang gadis sunti yang sudah pandai bukak payung kalau berjalan ditengah panas,hahahahaha.




Sebenarnya aku minum kolagen setelah disarankan oleh seorang kawan kerana kulitku agak bermasalah. Kesannya sangat menakjubkan, kulitku menjadi lembut berbanding dulu dan parut jerawat semakin cepat hilang. Aku makan kolagen dari GNC. Kamu cubalah, pasti kamu rasa perbezaannya.

Tuesday, January 5, 2010

Bulat...Liat

Pergi pasar malam aku teruja bila tengok keropok lekor yang berbentuk bulat. Tak pernah tengok sebelum ni. Rupanya macam bebola ikan. Aku beli RM2.

Sampai di rumah semua berebutkan keropok lekor nan bulat ini. "Arghhhhhhhhhhh!". Ye, bukan sebarang gigi mampu makan keropok ini. Aku syak keropok lekor ini dibuat daripada plastik, maklumlah ikan mahal sekarang ni kan. Aku baling sebiji pada kucing kat tepi pagar, aku tengok kucing tu bertungkus lumus menggunakan segala kepakaran yang dia ada untuk makan keropok ini dan pagi tadi aku tengok keropok yang aku bagi kucing tu masih ada tersisa separuh, kucing pun tak sanggup nak habiskan.

Kepada pembuat keropok lekor tak kira apa bentuk sekalipun, janganlah terlalu memikirkan keuntungan sehingga menyeksa pembeli anda. RM2 tu buleh beli sebungkus kueyteow kerang abang hemsen dah.

Monday, January 4, 2010

3 tahun...2 hari

2 hari saja? Dia mengangguk. Bolehkah rindu yang disimpan selama bertahun-tahun dileraikan dalam masa 2 hari? Oh! Abang terlalu sibuk mengejar masa hingga terlupa kekadang pada orangtua yang sentiasa mengharap kepulangannya.

Sudah 3 tahun kami tidak berjumpa abang dan keluarganya. Mujur Tuhan masih beri ingatan pada abang yang dia juga punya tanggungjawab pada orangtua dan adik-adiknya. Mak dan ayahlah orang paling bahagia saat wajah abang muncul di muka pintu memberi salam. Menitis airmata mereka memeluk anak lelaki yang kini sudah menjadi bapa kepada 4 orang cahayamata.




Anak bongsu abang, NurSyahindah. Acik pasti rindu kamu lagi sayang. Entah bila lagi kita akan bersua.




Wednesday, December 30, 2009

Mendung Kelabu



Keretaku luka dilanyak. Dan untuk merawat luka itu maka poketku jadi rabak.
Oh! Gambar diatas tu bukan keretaku, tapi kereta DIA. Oh! Kamu semua kenal DIA, tapi mungkin kamu tidak dapat merapati DIA kerana banyak perkara yang perlu dipatuhi jika kamu ingin bersua dengan DIA. Aku pun tak pernah berjaya duduk semeja dengan DIA tapi aku boleh bermesra dengan kereta-kereta miliknya tak kira masa. Apa barang hanya dapat pegang kereta,hahahahahha.



Oh! Inilah keretaku, antikkan? Kamu ada? Aku ada :D Sedang memikirkan kos untuk mengecat dan mengetuk boot kereta yang disondol oleh siapa.



Thursday, December 24, 2009

Lebih dulu makan garam

Mereka bertiga, berusia lingkungan 55-60tahun.
Aku seorang, berusia lingkungan 20an,hahahahahhaha.

Mereka berbual pung pang pung pang, kadang2 kuat dan kadang2 sangat perlahan.
Aku curi2 dengar sambil pura2 baca majalah lama.

"Segarkan, tu cara baru. Tak payah kotor2".

"Cara apa tadi namanya?".

"Herbaponni".

"Hidroponiklah makcik".

6 pasang mata memandang kearahku dengan wajah yang curiga.

"Errr...saya dengar yang pasal sayur je, pasal lain tu saya tak dengar", kataku sambil cepat2 berlalu dari situ.

Wednesday, December 23, 2009

Hari Besar Dia, Bermula deritaku.......

Aku tahu mulai detik itu makannya pasti bersuap, tidurnya pasti berteman,segalanya dijaga rapi dan mereka yang datang bersalam dengannya mengucapkan tahniah.
Aku hanya mampu menahan segala rasa jauh di lubuk hati melihat kebahagiaannya.
Cemburu? Tidak, aku bukan orang yang begitu. Sedih? Tidak, malah aku gembira.
Aku hanya mampu doakan segala kebaikan untuknya.

"Acik, buatkan abang air milo, gelas besar ye, milo taruk lebih sikit, hantar kat depan tv nih".

"Apa ko ingat ko baru sunat semalam? Ambik sendiri, tak kuasa nak layan".

Penat melayan budak bersunat lebih dari melayan orang bersalin pulak. :C