"Ayah, akak suruh buang je besen mandi baby dia tu".
"Jangan buang, sayang pulak".
"Ayah nak jual kat kedai besi buruk yek?".
"Ayah nak buat tanam kunyit, kalo ko nak buat rendang senang".
"Rendang masuk kunyit ke?"
"Ko buat rendang semalam masuk apa?"
"Err...errrr.....errrr...
Monday, November 30, 2009
Thursday, November 26, 2009
Hak orang
Bukak peti sejuk kat opis tadi nampak buah pisang kaki ni dok bergolek-golek. Wah! bos aku dah tukar selera ke? Selalunya dia beli buah oren. Atau dimusim hujan ni tak sesuai kot makan buah oren sebab aku nampak dia selalu tergesa-gesa ke tandas.Dah lama tak makan pisang kaki ni, kalau aku korbankan sebiji ke dalam perutku adakah bos tau?
Esok dah raya korban,malam ni mak mesti masak sedap2 untuk makan di pagi raya. Tahun ni makayah tak ambik bahagian dalam korban, dengar khabar harga lembu dan kambing mahal tahun ni yer. Kalau mampu tak salah untuk melakukan ibadat korban ye, setakat RM300++ saja.
Kepada saudara mara dan sahabat handai yang balik kampung, berhati2 ketika memandu dalam keadaan jalan raya yang licin.
Salam aidiladha.
Wednesday, November 25, 2009
Sana! Sana! Kusss semangat
Malam,di sebuah kedai makan yang penuh pelanggan, hujan renyai-renyai.Kami pilih untuk duduk bersila di wakaf yang disediakan, lebih santai rasanya.
Berbual sambil menunggu makanan yang dipesan tiba.
Bila menghadap makanan masing2 khusyuk, langsung tak berbunyi suara.
Tiba2..."monyet! monyet!, dia yang duduk disebelahku menjerit ketakutan.
Gempar seketika. "Mana! mana! Masing2 seperti mahu terjun dari wakaf.
"Pokok bunga! pokok bunga", dia menjerit lagi.
Semua mata terarah di tempat yang dia tunjukkan. "Eh! tu kucing la, kucing coklat berekor panjang".
"Kucing ke? Ku pikir monyet tadi", dia tersenyum-senyum. Apalagi, berderailah ketawa.
Monday, November 23, 2009
Aduh! Romantisnya
"U mesti ada sana pukul 7.30 ok, kalau U tak datang I taulah apa nak buat". Kami angguk saja dengar ugutan itu. Dan,pada hari Sabtu,21Nov pukul 7.45 malam aku dan kawan2 dah terpacak di Lake Club, Tasek Perdana.
Tepat pukul 8.00malam, ketika Dr.Bhagwan melangkah memasuki dewan, kami beramai-ramai menjerit "SURPRISEEEEEEEEE". Dr.Bhagwan dengan wajah yang terperanjat juga menjerit "OH MY GODDDDDD".
Dr.Bhagwan Singh yang berbaju hijau belang putih itu diraikan sempena hari lahirnya yang ke 55. Dia adalah doktor yang merawat ayah.

Tetamu berdiri menyanyikan lagu harijadi. Majlis ini dirancang oleh isteri Dr.Bhagwan,Puan Amarjit tanpa pengetahuan beliau.
Inilah perancang utamanya, Puan Amarjit yang berbaju hijau. Walaupun sudah 25tahun berkahwin namun mereka sentiasa memberi kejutan yang menggembirakan antara satu sama lain. Aduh, kagum sungguh.

Kek adalah seperti padang golf kerana Dr.Bhagwan sangat meminati golf walaupun sibuk dengan kariernya sebagai seorang doktor.
Di Lake Club juga ada ABC. Aku syak mamat ni adalah orang nepal sebab bila aku tanya nama dia buleh pulak dia senyum dan angguk2 saja sambil menghulurkan semangkuk ABC.
Tepat pukul 8.00malam, ketika Dr.Bhagwan melangkah memasuki dewan, kami beramai-ramai menjerit "SURPRISEEEEEEEEE". Dr.Bhagwan dengan wajah yang terperanjat juga menjerit "OH MY GODDDDDD".
Dr.Bhagwan Singh yang berbaju hijau belang putih itu diraikan sempena hari lahirnya yang ke 55. Dia adalah doktor yang merawat ayah.
Tetamu berdiri menyanyikan lagu harijadi. Majlis ini dirancang oleh isteri Dr.Bhagwan,Puan Amarjit tanpa pengetahuan beliau.
Inilah perancang utamanya, Puan Amarjit yang berbaju hijau. Walaupun sudah 25tahun berkahwin namun mereka sentiasa memberi kejutan yang menggembirakan antara satu sama lain. Aduh, kagum sungguh.
Kek adalah seperti padang golf kerana Dr.Bhagwan sangat meminati golf walaupun sibuk dengan kariernya sebagai seorang doktor.
Di Lake Club juga ada ABC. Aku syak mamat ni adalah orang nepal sebab bila aku tanya nama dia buleh pulak dia senyum dan angguk2 saja sambil menghulurkan semangkuk ABC.Thursday, November 19, 2009
Cubalah
Korang tengok wayang cerita melayu? Aku rasa tak ramai yang suka tengok cerita melayu. Kalau nak tengok wayang cerita melayu aku tengok dulu siapa pengarah dan pelakonnya. Cerita melayu sekarang ni memang tak tercapai oleh akalku yang panjang.
Dah tengok cerita Pisau Cukur? Apa? Tak pernah dengar pasal cerita ni? Cerita yang best,heroinnya Fazura dan Maya Karin, pegilah tengok, tapi kalau tak sesuai dengan jiwa korang jangan salahkan aku. Kawan aku yang bertudung pink tu yang belanja. Sesekali belanja kawan murah rezeki.
Lepas bersejuk-sejuk dalam panggung wayang tu kita ke Dunkin Donut pekena croissant tuna dengan kopi Arabica, bukan kopi janda atau kopi jantan ye. Sedapnya hingga rasa macam tak cukup sebijik. Esok lusa dah hujung minggu,bawaklah keluarga jalan-jalan,budak2 pun dah cuti sekolah, eratkan kasih sayang. :D
Dah tengok cerita Pisau Cukur? Apa? Tak pernah dengar pasal cerita ni? Cerita yang best,heroinnya Fazura dan Maya Karin, pegilah tengok, tapi kalau tak sesuai dengan jiwa korang jangan salahkan aku. Kawan aku yang bertudung pink tu yang belanja. Sesekali belanja kawan murah rezeki.
Lepas bersejuk-sejuk dalam panggung wayang tu kita ke Dunkin Donut pekena croissant tuna dengan kopi Arabica, bukan kopi janda atau kopi jantan ye. Sedapnya hingga rasa macam tak cukup sebijik. Esok lusa dah hujung minggu,bawaklah keluarga jalan-jalan,budak2 pun dah cuti sekolah, eratkan kasih sayang. :DWednesday, November 18, 2009
Pelik

"Suami aku tu nak ajak pegi jalan punyalah susah. Semalam hari ulangtahun perkahwinan kami dia tak ingat, besday aku pun tak ingat, tak penah nak bagi hadiah lepas kawin. Masa bercinta dan bertunang dulu ingat pulak besday aku, besday makayah aku pun dia tau. Kalau jalan pegang tangan dia tunjuk muka marah, tak sukalah tu, malu takut anak cakap apa2, walhal anak tak cakap apapun."
"Ko beruntung Juliet boyfren ko baik, romantik, selalu ikut kemana saja ko pegi, pandai ambik hati, selalu bagi ko hadiah, bla.bla.bla.bla".
Aku ada boyfren ke? Kenapa aku taktau. Dunia ini memang pelik. :D
Monday, November 16, 2009
Yang Terbaik
"Kat Pusrawi"."Jauhlah sayang, dekat-dekat sini sajalah".
"Taknak, Pusrawi atau Tawakkal".
"Oklah, kena buat appointment dulu. Tarikhnya?
"30Nov".
"Tak buleh awal lagi ke?".
"Taknak, 30Nov, Pusrawi atau Tawakkal. Kalau tidak tunggu tahun depan".
Perbualan di atas adalah antara ibu dan anak lelaki yang berusia 10tahun yang akan berkhatan pada cuti sekolah nanti. Budak-budak sekarang boleh pilih tarikh dan klinik sendiri, beruntung sungguh. Dah besar anak buah aku, rasanya baru semalam aku lihat dia dilahirkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

