Tuesday, November 10, 2009

Dekat saja

Hari Sabtu berkonvoi ke Pantai Indah, Jeram, Kuala Selangor. Seumur hidup baru inilah aku sampai ke sini. Dari KL ambik masa 1 jam lebih sebab kami tak lalu highway.
Bermalam diapartment Pantai Indah. 3 bilik, sewanya RM100 semalam. Selesa.

Hero-hero aku jumpa kolam tak reti nak naik ke darat dah, maklumlah bukan selalu dapat berendam gini.

Ingat nak ke Kg.Kuantan tengok kelip-kelip tapi malam tu hujan, jadi tengok lampu kelip-kelip sajalah. Cantik juga.


Ini ikan sembilang yang di pancing di tepi pantai indah, di muara sungai kot. Banyak. Sesapa yang minat memancing boleh datang ke sini.



Malamnya ada bbq, ikan yang dibakar terasa sangat manis isinya. Pinggan tu banyak sebab kami 10 orang ye berkongsi 1 meja.


Ada pertandingan karaoke, tapi kawan aku dah sound awal-awal tak bagi aku nyanyi sebab dia takut air laut melimpah. Aku ikut nasihat dia.
Kepada sesiapa yang belum pernah sampai ke sini, silalah berkunjung. Udara yang nyaman dan segar menanti anda, kebun pisang dan kelapa sawit pun banyak.:D
Dalam perjalanan balik ternampak signboard Teluk Intan hanya 100km lebih, ingat nak ke rumah ckLah tapi takut tersalah jalan.






Monday, November 9, 2009

Setan

Aku ajak kawan pegi makan kat luar. Berkali-kali dia menolak sebab dia baru saja makan nasi, masih terlalu kenyang. Puas aku pujuk akhirnya dia mengalah juga.

Aku makan bihun tomyam, dan aku oder chicken chop untuk dia.

Inilah chicken chopnya, memula kami ingat nak berkongsi,tapi kawan aku berjaya menghabiskannya tanpa memerlukan bantuan aku.

Kemudian aku oder rojak buah, aku hulur pada dia, dan dia berjaya juga memakannya.
"Blurrppppp,alhamdulillah. Aku rasa macam makan dengan setan pulak, boleh masuk banyak sangat ni", kata kawan sambil menepuk manja perutnya. "Errrr, entahlah, tepuk dada tanya selera, kataku.


Wednesday, November 4, 2009

Mujur selamat

Semalam, sebelum tido aku dok bersms ngan kawan, tak sedar dah hampir pukul 12malam. Lepas ucapkan selamat malam kat kawan, aku pun letak henpon bawah bantal golek.

15minit kemudian.."prannkkkkkk",bunyi sesuatu. Mata dah tak buleh bukak, aku sambung tido tanpa menghiraukan bunyi itu. Esok pagi aku melilau cari henpon, tiada. Rupanya dah dibawah katil.

Terpaksalah merangkak masuk ke bawah katil, mujur juga hari ahad aritu baru saja mop. Dalam hati berdoa moga henpon aku tak apa2, kalau rosak jawabnya aku kena pinjam henpon anak buah yang jauh lebih canggih dari henpon aku.

Kuat jugak henpon aku ni langsung tak mengalami sebarang kecederaan. Pesanan aku kepada kawan-kawan, kalau tidur lasak janganlah nak letak henpon bawah bantal, buruk akibatnya. :D

Tuesday, November 3, 2009

Ini saja yg ada

Pukul 5.30pm semalam aku bergegas ambik pakngah kat stesen bas, dia baru datang dari kampung. Ada 2 beg besar disisi pakngah.

"Apa bawak banyak-banyak ni Ngah? Kamu tu naik bas, bukan datang dengan kereta",mak membebel.

"Kalau ikutkan hati semua yang ada dikebun tu nak dibawak", kata pakngah.

Rempah ratus buatan orang kampung, handmade :D

Limau besar kebun pakngah. Dah siap dikopek kulit.


Kacang botol dan cili api dari kebun pakngah


Petai hutan yang ditempah khas dari orang kampung. Pakngah kata isi petai ni keras berbanding petai biasa.




Salak madu dari kebun pakngah.
2biji beg digunakan untuk mengisi semua barang ini. Kalau datang kemari walau sehari, ada saja barang yang dibawa. Mulia sungguh hati mereka. Aku nak cari sedikit barang untuk pakngah bawak balik, sebagai balasan untuk saudara mara di sana.






Thursday, October 29, 2009

Cahaya kegelapan

Ada kawan berkata jika pergi ke kedai makan pada waktu malam dan nampak pasangan yang duduk di meja yang agak tersorok pasti mereka itu pasangan kekasih atau pun pasangan yang baru berkahwin.

Aku taktau fakta atau auta kerana kalau pergi ke kedai makan bersama kawan-kawan pada waktu malam, kami suka duduk di meja yang agak tersorok. Jika kami bersembang dengan suara yang agak kuat pun pasti tidak akan mengganggu pelanggan lain yang ingin menikmati makanan.

Dan lagi satu, kalau duduk di tempat yang agak tersorok, di atas mejanya ada lilin, atau pun pelita. Terasa suasana yang romantik dan tenang walaupun sesekali tangan kena bekerja keras menghalau nyamuk yang nak menggigit kaki yang bunting padi :D


"Dik,nak oder".

Tuesday, October 27, 2009

Senang sekali

Apa perasaan anda bila benda yang sudah lama anda cari tapi tak jumpa tetibe seorang kawan memberikannya pada anda. Seperti suatu magis.

Aku rasa nak melompat,bukan setakat lompat katak, tapi melompat setinggi mungkin. Tapi dengan ketinggian 5kaki 2inci dan berat 80kg ini setinggi manalah sangat yang mampu aku lompat. Takut bergegar bumi Kuala Lumpur pada bacaan 7skala richter. Boleh masuk dalam kategori tsunami kecil.


Sudah lama aku mencari novel ini, puas aku jelajahi kedai buku besar dan kecil. Payah sungguh untuk dapatkan novel karya Faisal Tehrani, aku pun taktau kenapa. Sepatutnya karya penulis hebat seperti beliau boleh didapati dimana2 seperti karya penulis lain yang berlambak di pasaran.

Terima kasih daun keladi kepada kawan itu yang bersusah payah mencarikannya untuk aku dan memberikannya secara percuma pulak tu. Kawan, budimu ku kenang. Aku ingin berpesan pada kawan itu, novel ini ada musim kedua, tolong belikan ye jika berjumpa, dan berikan secara percuma juga,hahahhahaha.


Hari ini aku membaca novel "Ketupat Cinta" dan ditemani oleh "Ketupat Palas" yang dibuat oleh seseorang yang juga baik hati seperti kawan itu.

"Ermmmm...menarik sekali novel ini,ermmmm.......sedap sekali ketupat ini".

Friday, October 23, 2009

Huapp! Huapp!

Aku temankan akak tido sebab abang ipar outstation semalam dan hari minggu baru balik. Tido dengan bayi sangat mengujakan. Aku lasak tapi anak buah aku ni lagi lasak, tak padan baru umur 6 bulan. Mujur aku tak tertindih dia. Pukul 12 malam mata dia masih terkelip-kelip, sedangkan aku dah rasa mamai dan melayang di udara.


Sebelum tido aku dah sediakan semua keperluan dia kat tepi. 2 botol susu dan tin susunya. Anak buah aku minum susu Novalac AC kerana dia mengalami kembung perut yang agak kronik tak macam bayi biasa. Setelah dirujuk kepada doktor, dia dinasihatkan diberi minum susu ini dan ternyata susu ini sangat sesuai dan dia sudah jarang mengalami kembung perut.



Lampai pakai buangnya juga aku letak dekat tepi, senang nak capai.
4-5kali juga aku terbangun semalam bila dengar dia menangis, dan aku tolong kakak buatkan susu dan tukar lampin. Akibatnya hari ni di ofis aku asyik menguap tak berenti,rasa macam ada batu bergayut kat kelopak mata, nak bukak besar2 pun dah tak buleh. Ada 2 malam lagi sebelum abang ipar balik, ohhh....mujur esok tak keje.