Thursday, October 22, 2009

Tak Nak! Tak Nak!


"Abang meh bersenam ngan Acik".
"Ikut CD tu ke?"
"Ah'ahhhhh"
"Taknak".
"Meh la, biar badan tu sihat sikit".
"Ustazah cakap tak baik tengok orang seksi-seksi,berdosa".
"Errrr..........."

Wednesday, October 21, 2009

Mood

"Treet,treet,treet", bunyi sms masuk pukul 12 tengah hari.

Sms dari kakak berbunyi "balik makan kat rumah tengah hari ni, akak masak spesel".

"Ok", pendek aku balas.

Dari luar rumah aku dah bau masakan yang sedap. Mau 2 pinggan aku makan ni. Masuk dalam semua dah terhidang atas meja. Kakak buat nasi ayam, sempat lagi tu dalam sibuk2 nak pegi mengajar dia masak.

"Apsal gelap benar kaler ayam goreng ni? Baru lepas berjemur tengah panas apa?".

"Akak dalam mood deepavali lagi nih".

"Errr...buleh pulak gitu".




Tuesday, October 20, 2009

Jangan! Jangan! Agrhhhh....

Ambik jeans kaler biru, cuba sarung, tak muat. Ambik jeans kaler hitam, cuba sarung, tak muat. Ambik jeans kaler putih, cuba sarung, tak muat jugak. Padahal jeans kaler putih ni masa beli dulu tak buleh pakai sebab besar.



2-3 hari lepas pakai baju kebaya pun rasa lain macam,arghhhh....penangan rumah terbuka kah? Balik keje semalam sibuk cari CD ini, harus lakukan sesuatu sebelum terlambat.





Perlu gigih berusaha ni, dapat turun 100gram sebulan pun jadilah. Tengah aku sibuk bersenam tetiba akak balik.




"Juliet, akak beli mekciken sorang satu, mehlah makan masa panas lagi ni".

"Tadi kawan akak belanja kek sebab hari ni besday dia, cuba ko rasa Juliet, sedap tak?

Aku serba salah, ditelan mati emak, diluah mati bapak, aku ambik keputusan untuk telan saja, esok2 sambung senaman,hahahahahhaha.






















































































































































Wednesday, October 14, 2009

Berkesan juga

Anak buah berusia 6 bulan kena demam campak. Habis satu badan naik biji2 merah dan dia akan tenyeh mukanya ke bantal, gatal agaknya.

Petua orang tua, kalau kena demam campak jangan di mandikan budak tu. Cukup hanya dengan lap sahaja badannya dengan air suam. Kalau dimandikan bimbang campak tu tak keluar habis dan ini boleh menyebabkan budak demam berlanjutan sehingga kekadang makan masa berminggu-minggu untuk sihat semula. Tapi kenalah jumpa doktor dulu untuk pastikan sama ada budak tu kena campak atau penyakit lain.

Dalam masa 2-3hari campak tu akan keluar sampai ke tapak kaki. Bila dah pasti campak tu dah keluar semua, kena mandikan budak dengan air kelapa muda. Cukup sebiji sahaja. Semalam aku beli kelapa muda ditepi jalan harganya RM2.50 sebiji. Balik rumah ayah belah kelapa tu dan ambik airnya, dapatlah setengah jag. Bagi minum kat baby 2-3sudu, dan yang lebih tu digunakan untuk mandikan baby.

Lepas mandikan dengan air kelapa, badan baby tak perlu dilap dengan tuala, biarkan air kelapa tu kering sendiri dibadannya. Setelah air kelapa tu kering, barulah badan baby di bilas dengan air biasa.

Esoknya baby hendaklah dimandikan dengan air yang telah dicampurkan dengan daun bambu. Adik2 tak kenal daun bambu? Tanyalah kat sesapa ye, kat KL ni banyak daun bambu. Ramas daun bambu dalam sebaldi air dan mandikanlah baby tu.

Menjadi petua ni, kepada adik2 semua, Selamat Mencuba Kak Juliet ucapkan.



Tuesday, October 13, 2009

Bibirmu...ahhhhhhh

Tetibe rasa malu pada diri sendiri bila tengok bahulu ikan yang berlipstik merah ni. Aku kalau nak menghadiri majlis rasmi sahaja baru sibuk cari make up.

Masuk keje pukul 8.30am, pukul 8.00am baru aku terhegeh2 bangun, tu pun sebab mak dok bising-bising. Mandi & sarapan pun kelam kabut, apalagi nak bersolek,bedak pun capai apa yang ada depan mata saja, dan selalunya bedak Johnsons anak buah yang jadi mangsa.





Aku rasa tahun depan aku nak berazam untuk bersolek ke tempat keje, jadi aku nak bodek bos mintak masuk keje lambat sikit tapi balik sama macam orang lain, buleh ke?

Tuesday, October 6, 2009

Patah Hati

Kawan ajak pegi kenduri kawin, aku cakap boleh saja dengan syarat kami duduk depan pelamin.

Kami duduk betul2 depan pelamin, walaupun panas dan bising bunyi kompang kami tahan saja. Setelah berposing sakan pengantin pun diiring ke meja makan beradap.

Masa yang sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti kerana semua orang sedang sibuk melayan raja sehari di luar sana.

"Tariklah 2-3helai, tapi jangan pulak ko rosakkan gubahan tu".

"Plastiklah Juliet, bukan betul".

Rasa nak mengalir airmata, tak berbaloi sungguh. Orang tua kata kalau kita curi makan sirih junjung pengantin boleh cepatkan jodoh, tapi kalo sirih plastik macam mana nak kunyah beb, huhuhuhu.

Friday, October 2, 2009

SumoLah

"Balik dari kampung takde sebenier ke?"

"Adaaaaaa, khas untukmu Juliet".

"Apa ni?"

"Kuih Jepun, sangat popular di kampungku sekarang".

Dan pagi tadi aku bersarapan ngan beberapa biji Kuih Jepun.

Pandangan dari depan, kuih ni berbentuk bulat dan saiznya sebesar duit 50sen.

Pandangan dari belakang.




Didalamnya ada inti kacang merah.


"Kuih Jepun ke bahulu berinti kacang merah ni?"

"Kekekeke, aku pun rasa apa yang ko rasa, tapi kat plastik dia tulis Kuih Jepun, aku pun sebut Kuih Jepunlah".

Tetibe aku rasa nak bagi penampar Jepun........