"Opocot mak kau, tayar motor aku meletup”
Itulah laungan-laungan yang kami dengar dari beberapa rumah jiran awal pagi tadi. Dan bila hari beransur cerah barulah kami dapat melihat beberapa orang jiran sedang berkumpul sambil rancak membicarakan sesuatu.
Rupanya semalam lebih kurang 10buah rumah telah kecurian besi penutup longkang yang berbentuk 4 segi dihadapan rumah. Seorang jiran telah dikejarkan ke hospital kerana kakinya patah terjatuh ke dalam longkang yang tidak bertutup lagi itu.
Dah lama tidak berlaku kes kecurian seumpama ini. Oh, malam ini mestilah kena angkat penutup longkang tu, kalau tidak habislah kena angkut.







