Monday, June 15, 2009

Pusing-pusing

Cantik tak lampu tu? Dibuat dari botol mineral water 500ml. Sungguh kreatif. Aku memula tu tak percaya gak, bila tengok dari dekat baru tau. Buleh la kita pakat kumpul botol mineral pastu buat lampu juntai2, meriah rumah. Tapi harus diingat gak,kalo bersawang bukan senang nak bersihkan.



21Jun nanti Hotfm akan buat rancangan "Sihat Bersama Biskut Jacob",kalo tak silaplah di sini. Faizal dan Fafau sebagai pengacara. Taman rekreasi ni terletak tepi jalan Kepong, Taman Metropolitan Kepong. Sesaja jalan ambik angin sambil tengok orang main layang-layang.


Lama betul aku tak makan sengkuang cenggini. Sekeping RM1, besar gak, puas hati dapat makan 2keping. Ingatnya nak beli lebih sikit tapi dah abis.
Jerebu sekarang ni tak sesuai beriadah di luar, sebab tu kali ni aku jalan sensorang je. "Acik, jom jalan2". "Tak buleh, JEREBU". Padahal poket aku yang berjerebu tengah2 bulan ni,hehe.



Friday, June 12, 2009

Jangan pisang berbuah banyak kali

Aku terliur sangat tengok kek pisang yang Iina buat. Na, zalim betul ko tak pos kat aku sikit. Siang malam dok teringat. Dan akhirnya semalam masa pegi kedai aku nampak ada sesikat pisang emas.




Bermulalah operasi membuat kek pisang dan aku ikut sebijik2 resepi yang Iina bagi. Tapi aku bakar dalam periuk je, bulehlah tu. Entah apa nama peruik ni, selalu mak bakar ayam dalam ni.



Dan inilah hasilnya. "Mak, sapa buat kek coklat ni, sedap gak",kata adikku. "KakJuliet ko la yang buat",jawab mak.
Aku buat kek pisang,kenapa pulak dorang cakap rasa cam kek coklat? Ni yang aku konpius. Aku kekadang keliru dengan hidup ini,pinjam kata2 cik konpius. Na, terimakasih daun keladi.


Thursday, June 11, 2009

Harapkan pagar....

"Tarik ke kiri sikit".

"Kanan belum tutup".

"Ketuk kuat sikit".

"Ok,cantik,cantik".

Berpeluh ketiak aku ngan adik tolong ayah betulkan pagar. Sekarang kan musim mangga, kalo tak di pagar kawasan pokok mangga tu maka kempunanlah aku nak makan mangga cicah kicap tahun ni. Tahun lepas aku hanya mampu tengok tangkai, tahun ni aku akan pastikan semua mangga itu milikku.

Aku dah letak dawai berduri, kalo ada yang curi buah tu haruslah calar balar tangan dia. Senanglah tugas aku untuk kesan saspek nanti, nampak je sesapa yang lalu depan rumah ngan tangan calar balar,dialah saspek utama. Kalo jatuh basikal ke, jatuh motor ke, tangan calar gak, abih camner ye????

Wednesday, June 10, 2009

Sehati Berdansa





Sekarang lepas balik keje aku dah tak keluar kemana, sibuk berdansa dengan benda alah ni. Syok beb, bagai nak roboh pinggang masa memula tu. Harganya murah, RM60-70.
Cara gunanya sangat mudah, install CD kat komputer, sambungkan, dah siap, buleh le tunjuk skill shuffle ke, inang ke, hiphop ke. Satu famili buleh guna, silap-silap tahun depan aku buleh masuk sehati berdansa,hehe.


Monday, June 8, 2009

Beri dia ruang

Sehari sebelum hari itu.



"Sha nak mama ngan baba datang masa hari anugerah cemerlang tu".

"Mama pasti datang, tapi baba tak taulah dia free ke tak".

"Mama paksa la baba,Sha nak baba tengok Sha ambik hadiah".

"Nanti mama cakap ngan baba".



Selepas hari itu.



"Mama tipu Sha, mama cakap baba nak datang, mama tipu! Mama tipu!".

"Baba sibuk sayang, mama ngan adik ada tadi".

"Sha nak baba, Sha nak baba".

"Alisha, jangan macam ni,baba balik nanti kita tunjuk gambar Sha dapat hadiah ya".

"Sha nak baba,Sha nak baba.



"Bummmmmmmmm".



"Alishaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa".



Dan Selepas hari itu.

Alisha,pelajar pintar,17tahun,terjun dari tingkat 10 kondominiumnya kerana terluka dengan sikap bapanya yang tidak pernah ambik tahu mengenai dirinya. 10tahun lalu,ibubapanya pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian disana. Nasib bapanya agak malang kerana baru beberapa bulan bekerja sebagai pengurus bank tapi telah diberhentikan kerana negara mengalami kegawatan. Semenjak itu bapa Alisha tidak pernah bekerja. Bukan tiada tawaran lain yang datang tapi bapanya terlalu memilih. Dan semenjak itu bapanya mengikuti kumpulan tabligh sehinggakan berminggu-minggu meninggalkan anak isteri dirumah.

Mujur ketika Alisha terjun malam itu ada tong sampah besar betul-betul dibawah balkoni kondonya dan dia tercampak masuk ke dalam tong sampah. Alisha dirujuk kepada seorang kaunselor dan dia tidak ingin meneruskan persekolahan buat masa ini kerana jiwanya tertekan. Sekarang Alisha berada disebuah sekolah pondok dibawah pengawasan seorang guru agama yang sangat dihormati di daerah Sabak Bernam dan alhamdulillah dia nampak ceria dan tenang disana.

Moga Sha tabah harungi hidup ini dan akan segera kembali ke pangkuan mama dan adik yang selalu merindui Sha. Dan moga Sha dapat maafkan baba.

Friday, June 5, 2009

Lagu dan irama

2-3 hari ni aku tengok anak buah dok rajin baca Al-Quran, siap berlagu sekali. Asyiknya telinga ini mendengar walaupun kekadang ada sebutannya yang tersangkut-sangkut. Cuti sekolah ni mak dia masukkan dia dalam kelas tarannum sebab dia berminat.

Lepas maghrib semalam dia bawak Al-Quran dan duduk depan aku. "Acik dengar dan betulkan kalau abang baca salah ye." Aku angguk. Setakat nak betulkan bacaan dia tu aku buleh la jugak sesikit. Aku pun dengarlah bacaan dia. Tetibe dia tanya "acik, cuba acik lagukan ayat yang ini, abang tak berapa reti". "Hah! lagu macammana?" "Ala, taranum yang macam ustazah ajar tu". "Acik kalo lagu Siti Nurhaliza pandailah",hehhehe. Aku tau baca Al-Quran tapi tak pandai nak bertaranum macam yang dalam tv tu. Nampaknya kena pegi belajr ni kalau tidak malu kat bebudak kecik. Jom kita pegi belajar ramai-ramai. :D


Wednesday, May 27, 2009

Malu tapi mahu

Anak kakak yang berusia 2 bulan mengalami masalah kembung perut. Memang keturunan belah abah dia kalau anak lelaki mesti kembung perut tak kira masa, kekadang malam, kekadang tengahhari dan kekadang pagi. Untuk hilangkan kembungnya tu perut baby harus ditungku. Selepas ditungku baby akan kentut dan dia akan kembali tersenyum. Aku tak pasti baby tu senyum sebab dia rasa lega dapat kentut atau dia senyum sebab dapat kentutkan makciknya.



Semalam kakak bawak baby jumpa doktor untuk ambik suntikan hepatitis B,betul ke? Aku lupa pulak. Doktor di klinik mencadangkan baby tu di pakaikan PANTILINER HERBA tak kira apa jenama untuk mengurangkan kembung perut. Dah ramai yang cuba dan berkesan kat baby dorang. Kakak pun beli sebungkus ngan doktor tu.





Ni lah pantiliner tu. Harganya RM18 untuk 20 keping.
Caranya sangat mudah. Pantiliner tu lekatkan kat balut perut baby ni dan balutlah perut baby macam biasa. Kakak aku cuba semalam dan hasilnya sangat mengagumkan. Baby dia senang kentut dan kurang dah kembung perut. Tapi aku nak pesan disini, kaedah ini hanya sesuai untuk baby sahaja, kalo mak dan ayah baby nak cuba hasilnya aku tak pasti. Dan jika terdapat sebarang kesan sampingan tolong jangan salahkan aku,kekekeke.


Untuk kawan-kawan semua, inilah daun 4 muka yang buleh mengubat buasir tu. Jauh aku cari ni, sampai ke Genting Highlands. Nama saja daun tapi pokok ni berbatang dan batangnya agak liat kalau nak dipatahkan.


Selamat mencuba dan kalau tak berjaya, cubalah cari alternatif lain pulak.