Thursday, May 14, 2009

Ketat

"Adik taknak minum milo arini,nak holik".

"Nape? Adik kan suka milo".

"Minum milo ari-ari nanti masa buang air rasa "KETAT".

"Buang air rasa "KETAT"?

"Ha..ah,sampai lenguh lutut adik mencangkung".

"Err...err...errrrr..".

Sesapa yg ada masalah buasir, korang cari daun empat muka,elok untuk buasir. Cara menggunakannya korang tanya le org yg tanam tu, aku tak boleh cakap, langgar pantang,kekekeke.

Selamat beramal.

Wednesday, May 13, 2009

Kalau Dah Jodoh

Ni langsir yg adik beli kat Singapura untuk mak, hadiah hari ibu kononnya.
Ni pulak beg yg kakak bagi untuk mak juga sebagai hadiah hari ibu. Dan kami semua terperanjat sebab sama pulak bunga langsir ngan beg ni, macam dah berpakat.
Aku belum bagi lagi hadiah untuk mak, apakata aku beli kain yg bunga sama macam langsir dan beg tu bagi mak, harus gempak satu taman perumahan tengok mak aku bergaya bersama langsir dan beg tu,kakakakaka. Adehhh,dehhh, ok gak idea tu. Korang rasa kalo aku buat camtu adakah aku akan dihalau keluar dari rumah?kakakakaka.

Friday, May 8, 2009

Terpaksa

"Eh! Tangan acik kuningnya, mesti kena kunyit masa masak tadi".

"Pandai".

Aku tahan gelak dalam hati. Sebenarnya tangan aku kuning sebab kaut kunyit masuk dalam bekas. Masa nak minum air tadi aku terlanggar bekas kunyit habis berterabur atas kabinet, takut mak nampak aku cepat2 kaut ngan tangan je. Sesekali bohong sunat takpe kan.

Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu untuk semua blogger yg telah dan bakal bergelar ibu, anda memang HEBATTTT.

Thursday, May 7, 2009

Berani kerana benar

Wanita 1

"Baby ni lelaki ke pompuan?".

"Lelaki".

"Ingatkan pompuan".


Wanita 2

"Baby ni lelaki ke pompuan?"

"Lelaki".

"Ooo, lelaki....."


Lelaki 1

"Pompuan yer?"

"Lelaki".

"Eh! Ingatkan pompuan".


Kakak aku sangat hairan kenapa semalam ramai pulak bertanya sama ada anak dia lelaki atau perempuan. Sedangkan sebelum ni dah ramai sedara mara yg datang menengok tak pulak dorang tanya. "Eh, ko agaklah, naper dorang ingat anak aku ni pompuan? Puas aku dok tilik tengok takde apa yg berubah pun kat muka dia".

"Sebab arini dia pakai baju PINK KALER",kekekekekeke.

Baju kaler pink tu sepupu lelaki aku yg bagi, satu set. Orang bujang,main rembat je gamaknya. Masa dia hulur hamper tu aku dah gelak sakan, semuanya kaler pink gitu, dari baju sampai ler ke botol susu. Tapi apa salahnya lelaki pakai pink, bukannya berlaku perubahan fizikal pun. Tapi ada ke lelaki dewasa yg berani pakai baju atau seluar kaler pink? :D

Wednesday, May 6, 2009

Ukur baju dibadan sendiri

"Dah sarapan?"

"Dah".

"Makan apa?"

"Karipap sebijik".

"Sebijik je? Aku kalo karipap sekali makan 3bijik, tu pun sebenarnya tak cukup".

"Aku bawak 2biji,makan sebijik je,ko nak?"

"Buleh juge".

Bila aku tengok karipap yg kawan aku beli ni, baru ku tau naper dia hanya perlu makan sebijik. Saiz karipap dia sebiji sama dengan saiz karipap aku 3 biji. Giler besar karipap tu, sebesar tapak tangan orang dewasa.

Tuesday, May 5, 2009

Harga secawan kopi

Kalo lalu kat jalan tu aku rasa sangat sakit hati. Bukan sebab jalan berlubang atau jalan jem. Tapi sebab ditepi jalan itu ada satu papan iklan besar yg tertulis "1 HIRUPAN DETIK BAHAGIA MENANTI". Aku marah sangat sebab dah bercawan2 aku minum kopi tu tapi belum jumpa pun romeo yg macam iklan tu tunjuk. Belum ada jodoh ye.

Monday, May 4, 2009

Disini bukan tempatmu

Aaaaaaaaa! Aaaaaaaaaaa! Aaaaaaaaaaa! Aaaaaaaaaaa!

"Naper! naper!"

"Tu, tu, tu, tuuuuuu"

"Mana? mana? Apa bendanya?"

"Atas meja tuh"

"Apa bendanya? Cicak? Lipas? Tikus?"

"Mug tuh"

"Naper?"

"Gambar katak"

"Aku ingatkan apa tadi,buang masa tol"

Aku memang takut dengan katak. Kalo anak buah aku beli perrmainan yg ada patung katak tu aku akan buang senyap2. Sapalah yg beli mug katak nih, harus aku buang gak.