Tuesday, January 20, 2009

Malang tak berbau

Kak Yah, jiran aku pegi pasar dengan suaminya. Masa tengah paking motor tetiba datang sorang lelaki melayu berusia dalam lingkungan 50an menghampiri mereka. Lelaki tersebut merayu Kak Yah supaya membeli henpon yg baru dibelinya tadi disebuah kedai. Menurut lelaki tersebut dia baru membeli henpon itu yg masih belum dibuka kotaknya dan ketika melangkah keluar dari kedai dia mendapat panggilan mengatakan yang isterinya kemalangan dan kini berada di hospital. Dia tidak mempunyai wang untuk ke hospital kerana itulah dia ingin menjual kembali henpon tersebut dengan harga yang lebih murah.

Suami Kak Yah terpikat melihat gambar henpon di kotak yg masih berbalut plastik itu dan juga mungkin kerana kasihankan lelaki tersebut Kak Yah dan suaminya membeli henpon itu dengan harga RM150.00.

Sampai di rumah Kak Yah dan suaminya membuka kotak henpon dan mereka rasa macam nak pengsan bila tengok isi kotak henpon itu hanyalah seketul batu sebesar tapak tangan. Dan untuk membuktikan kebenaran ceritanya Kak Yah telah menunjukkan kotak henpon dan batu tersebut kepada jiran2. Kalau aku ada harus aku snap gamba.

Menurut jiran2 aku dah ramai yang terkena macam ni, dan sasaran penjenayah ni adalah orang2 yang hendak ke pasar. Fuhh, nasib baik aku tak suka pegi pasar, jadi kebarangkalian untuk aku terkena sangatlah susah. Berhati-hatilah semua, jangan plak ada lagi yang terkena.

Monday, January 19, 2009

Dia dah pandai







Baru beberapa hari pegi sekolah anak buah aku dah pandai buat mural kat dinding rumah menggunakan nila yg tak boleh di basuh walau menggunakan air. Inilah yg di katakan "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga".



Saturday, January 17, 2009

Serak2 kering


Dari pagi aku mendail nombor telefon ni dan akhirnya petang baru panggilan aku berjawab.
AKU : Dot Dot Resort ke?
DIA : ya (seorg lelaki, suaranya mcm baru bgn tido)
AKU : Ada bilik kosong lagi tak?
DIA : Haaaa! Apa (masih dlm mimpi aku rasa)
AKU : Saya tanya ada bilik kosong lagi ke?
DIA : Apa? Bilik? Haaa, ada, eh takde, apa, bilik apa? (suara masih serak)
AKU : Ni betul ke Dot Dot Resort?
DIA : Tol. Nak apa?
AKU : Saya tanya ada bilik kosong lagi tak? (dah geram ni)
DIA : Ooo, bilik, cakaplah nak bilik. Ada ke, taktau la. Eh! ada rasanya (suara tetap serak)
AKU : (dah makin membara ni) Dengan sapa saya bercakap ni?
DIA : Nama ke? Ali ni, betul, Ali (suaranya masih serak)
Dan aku dengan geram terus letak telefon. Kalau Ali ni hanya seorang pekerja, aku sangat kasihan dengan majikannya kerana Ali telah membuatkan dia hilang pelanggan. Dan jika Ali ni pemilik resort tersebut, dia memang saja nak lingkupkan bisnes dia.

Friday, January 16, 2009

Melampau betul

Aku sengaja pegi ke tempat ni pada waktu malam untuk elakkan jalan yg selalu jem dan juga nak paking free. Kalo siang kena bayar paking 80sen. Semalam aku ngan adik pegi ke tempat ni lebih kurang pukul 8.30mlm. Sampai kat tempat paking, tetiba aku dengar bunyi wisel dan aku nampak ada seseorang sedang melambai ke arah kami. Aku ingat abang polis trafik tapi rupanya seorang lelaki biasa.

Selesai urusan kami pun menuju ke kereta. Lelaki itu datang kearah kami dan aku cepat2 kunci pintu kereta. Dia siap ketuk-ketuk cermin tingkap dan mukanya sangat marah. Aku buat dono je dan terus undur kereta. Masa aku tengah undur kereta tu, lelaki ni telah mengetuk-ngetuk bonet keretaku dengan kuat sekali. Nasib baik kereta aku bukan dibuat dari tin milo, kalo tidak harus ada lekuk dimana-mana kesan ketukan itu.

Aku tak pasti sejak bila dia menjalankan aktiviti menjaga paking di situ. Aku nak elak bayar 80sen ada plak yang lain dok tunggu rupanya. Bukan kedekut nak bagi duit kat lelaki ni tapi rasa marah sebab sesuka hati je nak kutip hasil macam tanah tu dorang yg punya. Kepada pihak majlis perbandaran, tolonglah pantau aktiviti macam ni, aku tau banyak gak kat tempat lain.

Thursday, January 15, 2009

Mari menyusahkan diri

Hari ni aku nak ajar korang semua buat popcorn. Sesekali nak gak aku tunjuk keterroran aku di dapur . Jangan ingat aku tau makan je, anak dara kalau masuk dapur mesti meletup.

Bahan utama mestilah biji jagung kering ni. Beli ikut kemampuan ok. Basuh biji jagung terlebih dahulu menggunakan air paip, kalo korang nak guna air sungai atau air laut bleh gak.

Letakkan sedikit magrerin Daisy atau margerin timbang pun bleh gak, dan panaskan kuali selama 4-5 minit. Macammana nak tau kuali tu dah panas? Letaklah jari telunjuk atau jari tengah dalam kuali, agak2 rasa jari tu nak melecur bermakna kuali tu dah betul2 panas.
Ratakan margerin menggunakan senduk kayu, kalau senduk steel calar plak kuali tu, mau mak aku mengamuk sakan, tak pasal2 aku di tuduh anak yang tak mengenang body.
Masukkan biji jagung sedikit demi sedikit ye. Kalau banyak sekali masuk kang tak muat kuali, atau pun haruslah jagung ni tak kembang.


Dan tutup kuali itu. Kuali ke nama benda nih? Aku pun taktau.


Popcorn tu dah kembang dengan jayanya. Tutup kuali tu hendaklah di buka apabila selesai berlakunya semua pengembangan.

"Madu ditangan kananmu, racun ditangan kirimu, aku taktau mana yg akan kau berikan padaku". eh! eh! lupa plak anak dara mana bleh nyanyi kat dapur, kang dapat suami tua, kalo tua kaya takpe gakkan. Madu ni kita gaulkan dengan popcorn tadi. Nak letak gula pun bleh.

Proses menggaul popcorn dan madu di dalam besen plastik sedang di lakukan.

Dan, inilah hasilnya. Popcorn bermadu Julietchun. Kalo beli kat pasar malam lagi senang, sebungkus baru sehinggit. Sebenarnya ni idea kakak aku yang tengah mengandung. Tak ikut kang takut dia kempunan pulak, kang meleleh plak air liur anak dia sok tak berenti-renti aku gak yang menyesal. Selamat mencuba.
















Wednesday, January 14, 2009

Smash sepantas halilintar



Beginilah nasib anak buah aku yg berumur 9tahun kerana cuba mengangkat backhand smash aku semalam. Terjatuh dan lantas terseliuh. Aku taknak cakap apa2, cuma aku nak bagi amaran keras kat Datuk Lee Chong Wei, berhati2 mulai sekarang kerana seorang jaguh kampung akan muncul merampas gelarannya.

Monday, January 12, 2009

Salam di rembang petang



Seorang anak muda berdiri dihadapan sebuah rumah di kala mentari hendak melabuhkan tirainya dan memberikan salam. Terdengar tuan rumah menyahut salam dengan suara yang sedikit termengah. Pintu dibuka "ya,ada apa dik?". Pemuda tersenyum,"makcik ada lampu picit tak, saya nak pinjam". Tuan rumah menjawab agak tergagap "err,err, takde lah dik".

Pemuda menuju kerumah kedua dan memberikan salam. Tuan rumah menjengukkan muka"ya,ada apa?". Pemuda tetap memberikan senyuman,"abang ada lampu picit tak, saya nak pinjam". Tuan rumah nampak terkejut dengan pertanyaan pemuda,"takdelah dik".

Pemuda menuju ke rumah ketiga,rumah akulah tu. Ketika ini aku sedang menolong ayah mengalihkan pasu bunga. Pemuda memberikan salam dan kami menjawabnya dengan penuh tanda tanya. "Pakcik ada lampu picit, saya nak pinjam". Ayah pandang pemuda dengan muka yang sedikit kehairanan,"takdelah dik, cuba pegi tengok kat kedai, ada kot orang jual". Pemuda tersenyum, "takpelah pakcik, terima kasih ye". Pemuda berlalu menuju ke rumahnya dan tidak keluar2 lagi.

Ayah ada 2 lampu picit tapi dia dah trauma nak bagi pinjam barang kat pemuda ini kerana dah banyak kali terkena. Pemuda ni pinjam gergaji dan cangkul, 4 bulan kemudian baru dipulangkan dan yang menambahkan rasa sakit hati ayah barangan yang dipinjamkan tu mengalami kecacatan fizikal. Cangkul yang dipinjam bila dipulangkan sudah tiada ulunya, gergaji sudah berkarat hitam dan matanya sudah bengkok2.

Heran ya ada jugak orang yang tak malu meminjam barang orang sampai bertanya dengan 2-3 orang, berapa sangatlah harga lampu picit tu. Dan untuk makluman semua pemuda ini bukannya orang susah yang perlu di bantu.