Thursday, September 18, 2014

Mudah

Kawan berbangsa Cina tanya saya apa maksud bomoh hujan.

Saya cakap mengikut yang saya tahu bomoh hujan tu ialah seseorang yang boleh tahan hujan turun.

"Waaaahhhhhh! Begitu hebat? dia tanya saya lagi.

Saya angguk banyak kali.

Tapi saya cakap saya tak pernah jumpa dan tengok bagaimana bomoh hujan buat kerja.

Saya pulak tanya dia kenapa dia tiba-tiba tanya pasal bomoh hujan.

Dia cakap 2-3 hari lepas bos dia suruh dia cari hotel.

Mereka nak buat jamuan tapi di taman, bukan dalam dewan hotel.

Dia telefon berpuluh hotel mintak sebutharga, dan dia cakap ada 2 hotel yang bagi sebutharga siap dengan pakej bomoh hujan.

Waaahhhhhhhh! Saya lagi terkejut.

Saya tanya hotel mana tapi dia dah lupa.

Tak sangka ada hotel bagi pakej macam tu.

Tuesday, September 9, 2014

Kebesaran

Dia isi borang cuti, 2 bulan dia mahu bercuti.

Kami cakap bos mesti tak bagi.

Dia cakap bos mesti akan bagi.

Kami pandang dia yang dari tadi asyik senyum sambil isi borang.

"Awak sakit ke?

Dia pandang kami lama, kemudian dia angguk.

Hah! Terus kami kerumun dia.

Dan pelbagai soalan kami ajukan sampai dia jerit....ok!ok! Saya cerita.

Minggu lepas dia rasa tak sedap badan, perut rasa tak selesa.

Suami bawak dia pergi klinik. Dan bila doktor buat pemeriksaan, doktor marah-marah.

Rupanya dia dah mengandung 8 bulan, dan dia tak rasa apa-apa perubahan.

7 tahun dia dah berkahwin, dan tahun lepas dia dan suami sering berulak alik ke HKL.

Jumpa pakar sakit puan dan macam-macam pakar lagi, dan alhamdulillah, hujung bulan ini dia bakal menimang bayi perempuan.

Haaaahhhhhhhh!!!!!

Kami terlopong. Kami ternganga.

Ada yang pegang perut dia sebab tak percaya.

Adakah sebab dia berbadan besar maka dia taktau yang dia mengandung?

Atau adakah sebab dia tak pernah mengandung maka dia taktau dia mengandung?

Dia pun mulanya tak percaya.

Tak sabar nak tengok bayi dia yang sekarang jadi bualan hangat kat pejabat. :D


Friday, September 5, 2014

Sendirian

Saya tanya dia nak makan nasi ke tidak waktu malam.

Dia cakap dah kenyang makan dengan kawan.

Saya tanya lagi dia makan apa.

Dia jawab makan nasi bujang.

"Hah?" Nasi bujang?

Dia angguk.

Saya tak pernah dengar nama nasi tu.

Dia cakap nasi bujang tu ialah nasi putih, telur dadar, sup kosong dan air sirap.

Saya macam tak percaya.



Thursday, September 4, 2014

Musim

Bila dia cerita anak dia tanam jagung berekar-ekar, saya terus ketawa.

Kalau dia cakap orang lain tanam jagung saya takkan ketawa.

 Saya kenal anak dia, saya tahu perangai anak dia.

2bulan kemudian dia cerita anak dia dah tak tanam jagung.

Penat, tak tahan nak berpanas.

Saya senyum saja. Saya dah jangka perkara ni.

Dia cerita lagi.

Anak dia ikut ejen hartanah. 

Saya terpaksa tahan ketawa.

2-3bulan baru ni saya dapat tahu, anak dia dah tak ikut ejen hartanah.

Anak dia jual air tebu kat pasar malam.

Orang lain jual air tebu boleh kaya.

Bila saya jumpa dia, saya terpaksa tahan ketawa.

Kesian dia.

Tapi saya tetap doakan anak-anak dia akan berjaya satu hari nanti.


Thursday, July 3, 2014

Sembang Ramadan

Jim hulur kertas dan pen.
Dia suruh lukis burung.
Saya siap tanya burung jantan atau betina :D

Lepas tu dia suruh lukis kapal.
Saya gores-gores jadi juga kapal.

"Lukis lion".
Saya pun mula berimaginasi.

Tadaaa. Saya tunjuk lion.

Jim geleng kepala.
Dia cakap saya lukis salah.

Saya cakap betullah lion rupa begini.

Jim cakap lion ada 2 kaki je. Rambut lion pacak.
Lion pakai seluar sekolah sama macam dia.
Dan lion duduk sebelah Jim dalam kelas.

Oooooooooooooooo.......

Tu Rayyannnnnnnnn.

Nasib baik acik puasa.

Monday, June 30, 2014

Putih

Sedang saya asyik memerhatikan lampu yang besar dan cantik itu,
tiba-tiba rasa bahu di cuit.

"Juliet?", dia separuh menjerit.

Saya senyum dan angguk kepala.

Dan terus dia salam peluk saya.

5 minit kemudian bahu saya di cuit lagi.

"Juliet? Wah terujanya", dia salam saya kuat2.

5 minit kemudian bahu saya di cuit lagi.

"Saya nampak kereta awak paking depan pintu masjid, wahhhhh tak sangka".

Dia terus duduk sebelah saya dan terangkan macam-macam.

Tak sangka kedatangan saya untuk berterawih di masjid telah menimbulkan kekecohan. :D

Terima kasih pada yang selalu memberi dorongan dan semangat.


Wednesday, June 25, 2014

Gerak Hati

Bila nampak ayah balik kerja terus dia terkam.
Dan cerita yang tabnya hilang dalam rumah.
Ayah pun tolong carik.

Selak dalam bakul kain, tiada.
Dalam almari baju, tiada.
Ayah dah membebel.

Intai bawah kerusi, tiada.
Intai bawah sofa, tiada.
Kat ruang tamu, tiada.
Kat dapur, tiada.
Bilik tidur pun tiada.

Ayah suruh dia ingat baik-baik mana dia letak.
Dia geleng kepala sambil kesat airmata.

Ayah membebel lagi dan ayah cakap, "kalau ayah jumpa tab adik, ayah baling biar berkecai".

Dia kesat airmata dan sibuk cari sama. Keluar masuk bilik.

Tiba-tiba dia jerit dari dalam bilik tidur.

Ayah berlari ke sana.

Dan ayah tengok tabnya dah berkecai.

"Kenapa adik baling?", ayah tahan marah.

"Kan tadi ayah cakap kalau jumpa tab adik ayah baling biar berkecai".

Ayah lap airmata sendiri :D