Tuesday, April 30, 2013

Penuh


Saya selalu berurusan dengan bank yang terletak di pasar borong Selayang.

Tapi pasar borong ni ialah pasar yang hanya menjual buah-buahan, ubi kentang dan bawang saja.

Ada tempat paking berbayar yang di jaga oleh oleh orang Myanmar, sekali masuk RM3 dan

saya masih rasa berbaloi untuk meletak kereta di sini kerana kawasan paking yang luas dan selesa.

Semalam masa saya masuk paking, saya tengok hampir separuh tempat paking tu di penuhi dengan kontena 

ubi kentang dan bawang.

Masa bayar paking saya tanya pada budak jaga paking kenapa banyak kontena paking di situ.

Budak penjaga paking tu cakap mulai bulan depan paking tu akan di tutup kepada kenderaan lain kerana

tapak paking tu dah di sewa untuk kontena muat turun barang.

Manalah saya dan juga pengguna lain nak paking lepas ni?

Paking bermeter yang ada depan premis tu manalah cukup.

Monday, April 29, 2013

Cakar


Bola anak buah yang jadi mangsa kucing.

Sebenarnya dah 4-5 bijik bola bocor kena cakar oleh kucing.

Tapi saya tak salahkan kucing, saya salahkan anak-anak buah yang selalu lupa nak simpan bola dalam stor bila dah habis main.

Bola kempis amanlah sikit rumah.



Friday, April 26, 2013

Jujur


"Tepi! Tepi! 

"Kenapa?"

"Jim nak main golf!"

"Errkkkkkk..."

Kayu hoki dan bola pingpong???



Thursday, April 25, 2013

7


7 tahun.......masih tiada apa-apa ikatan


7 tahun.......masih belum mampu membuat keputusan


7 tahun......masih menghitung hari membina harapan


7 tahun......penantian itu sangat menyiksakan hawa mu wahai adam



Kumbang bukan seekor, kata saya.


Tapi yang seekor tu lah memikat pandangan, kata dia.


Wednesday, April 24, 2013

Ada beza ?


Mug ni orang bagi, dia pegi Langkawi dan beli banyak coklat dan dapat banyak mug free.


Yang ini pun orang bagi, taktau mana dia dapat. 


Yang ini pun orang bagi, saya ambik dan tak mau tanya banyak :D


Yang ni saya seluk ambik sendiri dalam balang kat rumah kenduri kawen sedara :P

Errr.....untuk anak-anak buah yang berderet tu, sila percaya :P

Tuesday, April 23, 2013

Di Penjara Janji


Hatiku dihirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Namun aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir

Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara

Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu

Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku mimpi


Teringin nak tengok konsert Wings kat Istana Budaya tapi ada saja halangan. Jadi, nyanyilah untuk diri sendiri sambil berusaha panggil hujan. Maafkan saya kalau tempat tuan-tuan kena banjir kilat ya.

Monday, April 22, 2013

Janji di tepati


Dari tahun lepas saya berjanji nak bawak dia ke sini.

Dulu Petaling Street ni tempat saya shopping hari-hari sebab masa tu keje kat area situ.

Dengar dari mulut kawan-kawan  cakap kat sini dah berubah 100%.

Dan bila saya jejak kaki ke sini, terperanjat.

Memang sangat lain.

Dulu peniaga semua berbangsa cina, sekarang banyak peniaga bangladesh.

Dulu agak kotor, sekarang sangat bersih dan terjaga.

Kalau nak beli barang kena pandai tawar, beg yang di letak harga RM150 boleh dapat RM40.

Kalau takut atau malu nak tawar, jawabnya akan tertipu.

Tak boleh lama-lama dekat sini, rasa semua benda nak beli.

"Acik kita nak kasut! Acik jam tu cantik!

Dah! Dah! Jom balik.

Kecut perut acik kalau gini. :D

Thursday, April 18, 2013

Ada stail lah


Saya tengok drama kat tv, lupa tv berapa. 

Saya berkata dalam hati pelakon lelaki yang pegang watak ayah tu macam En.S, guru kelas memandu saya dulu. Tapi cepat hati saya menafikan, mungkin pelanduk 2 serupa.


Saya tengok iklan kat tv, yang ini saya ingat RTM1 :D

Saya berkata dalam hati lagi, pelakon iklan tu macam En.S lah. Kali ni hati tak mampu nak menafikan


Saya tanya ayah yang baru balik dari surau dan ayah cakap memang En.S dah jadi pelakon sekarang.

En.S tinggal satu taman dengan kami, jadi ayah selalu jugak jumpa dia dan bertanya khabar.


Wajah En.S yang sempat saya snap masa tonton drama Potret di tv 9 semalam :D

Kata orang En.S pun ada berlakon dalam drama Adam dan Hawa.



Wah! Hebat! Hebat!. :D



Tuesday, April 16, 2013

Sepantas kilat


Dia tunggu bas kat tepi jalan dengan seorang kawan nak pergi kerja.

Masa tu dalam pukul 8 pagi.

Tiba-tiba datang sebuah teksi yang di pandu dengan agak laju menuju kearah dia dan kawan.

Dan tiba-tiba juga dia rasa sesuatu menggilis kaki.

Sangat sakit, darah mengalir.

Dan dia rebah.

Kawan menjerit dan orang ramai mengerumuni mereka.

Seseorang menelefon ambulan, dan lepas tu dia taktau apa yang berlaku.

Sedar-sedar dia kat hospital, dan kaki berbalut.

Dan kakak cakap dia telah dilanggar lari oleh sebuah teksi.

3 jari kaki dia patah dan terpaksa di simen.

Dapat cuti sakit sebulan.

Kesian saudara saya, kakinya di gilis oleh tayar teksi dan pemandu itu melarikan diri.

Mujurlah ramai yang membantu sehingga dia di masukkan ke hospital.

Berhati-hati berdiri di tepi jalan, malang tak berbau.


Monday, April 15, 2013

Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Pertunangan sepupu saya di Bangi.



Pakcik saya selaku tuan rumah memberi sepatah dua kata mengalu-alukan
kedatangan pihak lelaki dari Alor Setar, Kedah.



Bersongkok dan berbaju melayu hijau tu bakal jadi ahli keluarga kami tahun depan, insyaallah.

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan



Sepupu saya dan mamanya.

Selamat bertunang buat Linda dan Fifi.

Sila belajar masak ya, tahun depan tu bukannya lama lagi :D



Thursday, April 11, 2013

Panjang


Semalam dia balik sekolah bising-bising.

Dia cakap tangan penat sebab kena tulis banyak.

Dan dia cakap pada abahnya suruh tukar nama dia kepada nama yang lebih pendek.

Sebab dia cakap dia penat tulis nama sendiri, panjang.

Nama dia 3 perkataan, 20 huruf  :D

Tapi kami panggil dia 'adik'. :D

Tapi trend sekarang kan memang nama panjang-panjang, kata abah :D





Thursday, April 4, 2013

Bila Jim bertemu Tom


28 Mac hari tu hari lahir Jim.

Saya jalan -jalan ke pasar malam dan nampak Tom.

Puas tawar menawar dengan peniaga, akhirnya Tom jadi milik saya.

Dan sekarang Tom jadi milik Jim dan suka sangat dia.

Jangan ada sapa-sapa berani pegang tom sebab Jim akan belasah terus.

Belasah tu maknanya kejar-kejar sambil jerit dan membingitkan telinga kita yang mendengar.

Harap Jim boleh jaga Tom bebaik, mahal acik beli tu, RM15.

RM15 boleh saya guna untuk beli sarapan seminggu tu :D.