Thursday, September 30, 2010

Baru jumpa, rasa bahagia

Hari tuuuu, pegi Seremban.
Dekat Pasar Besar Seremban.
Jangan tanya apa nama jalan atau tempatnya,
yang pasti memang Seremban :D

Singgah makan tengah hari kat restoran mamak.
Eh! ada banyak rak buku dan majalah.
Bagusnya, tak pernah jumpa lagi
restoran mamak yg macam ni.

Jadi, sambil tunggu dia makan kita pun baca-baca lah.
Seronoknya.
  

Ni lah restorannya.
Eh! Yg bertiga tu bukan geng kita :D


Ni bukan restoran mamak punya papan tanda ye, jangan terpedaya :D

Wednesday, September 29, 2010

5 tahun? Tak Cukup

Dia cerita, kami ternganga.
Dia cerita sambil lap mata, kami geleng2 kepala
Dia cerita sambil lap hidung dengan tisu muka, kami diam2 saja.

Ceritanya.

Sudah 5 tahun dia berkawan dengan seorang jejaka, sama tempat kerja.
Kawan-kawan selalu tanya bila mereka nak berumahtangga tapi yang jejaka hanya senyum.

Tahun ni, genap 5 tahun perkenalan mereka, dan si gadis mahu jejaka melakukan sesuatu
jika benar-benar sayangkan dia.

Dan, jejaka dengan selamba menjawab, 5 tahun masih belum cukup untuk kenal hati budi.
Dan, jejaka juga berkata berikan masa 2-3 tahun lagi.

Kami garu-garu kepala, kesian si gadis, dah penat menunggu, nak buang sayang.

Mak cerita, dia hanya kenal ayah sebulan lebih je, terus mereka kawin, dan kekal bahagia sampai sekarang.

5 tahun, errr........haih....lamanya.

Tuesday, September 28, 2010

Selamat Berkenalan

"Cik Juliet,saya Kelvin dari ......,ingat tak?"
"Ya,ya, ingat.".

"Saya nak ajak Cik Juliet lunch hari ni".
"Sori, saya sibuk sikit. Lain kali ya".

"Pukul berapa awak lunch hari ni?"
"Pukul 1 nanti saya keluar".

"Ok,tunggu saya sekejap, saya nak jumpa,ada hal sikit".
"Jangan lambat ya".

5 minit sebelum pukul 1.

"Cik Juliet, sori kacau awak".
"Takpe, apahal Kelvin nak jumpa saya?"

"Oh! Saya datang sebab nak kenalkan kawan saya, Ray pada Cik Juliet".

"Hai Ray".

"Hai, ni untuk awak, ambiklah".

"Err..tak payahlah".

"Ambiklah, dan selamat berkenalan".




Kalau hari-hari ada orang nak berkenalan kan bagus :D

Monday, September 27, 2010

Pertama kali jumpa, hati tertanya

Semalam, bawak ayah sarapan di luar.
Ayah ajak pegi ke satu gerai.
Ok, orang tak ramai lagi.

Oder makan dan air, tak sampai 10 minit semuanya dah ada atas meja.
Aku mintak teh halia, macam biasa, ayah pulak minum teh O halia.
Masa pelayan hantar air ayah, aku heran tengok macam ada benda warna kuning.

Capai gelas teh O ayah, renung-renung, pusing-pusing, dan nampaklah halia yg dihiris 4-5 keping.
Capai gelas teh halia aku, rasa-rasa, tapi takde rasa halia.
Ambik sudu, kacau-kacau, dan timbullah 4-5keping halia.

Eh! Peliknya. Dah banyak kedai aku minum teh halia tapi tak pernah jumpa yang gini gaya.

Friday, September 24, 2010

Tengok jam...lamanya

Pagi tadi sarapan dengan nasi goreng mak dan teh halia mamak.
MAK dan MAMAK adalah 2 orang yang berbeza ya :P
Berbeza dari segi rupa dan bahasa :P
Tapi, dua-dua aku suka sebab masakan mereka memang power.
Errr...tapi ada orang kata mamak letak spender dalam periuk belanga sebagai petua
untuk berniaga, eeeiiiiiiiiiiiiii,betul ke?




Sebab pagi makan berat, kononnya tengah hari makan yang ringan saja
Kuih raya sebekas aku pulun sensorang ditemani secawan air mineral.
Mulanya ok je, perut dah biasa puasa kan.
Tapi, masuk pukul 3, badan rasa nak melayang, pening pun datang.
Jam ni tak bergerak ke?
Tak sabar nak balik makan nih..
Mak! Mak! Masak apa?

Thursday, September 23, 2010

Mahu Kuat? Tak perlu Ubat Kuat

Dia cakap mahu datang ke rumah beraya
Kami cakap datang sajalah, rumah sentiasa terbuka
Tapi malam2 rumah kena kunci dan mangga
Takut masuk jembalang atau puaka :P

Dia bukan mahu beraya sebenarnya
Tapi mahu bercerita mengurangkan beban derita
Mahu berkongsi dukalara
Mahu menumpang bahu meyandar kepala untuk seketika

Ceritanya.

2 hari sebelum ramadan, dia sekeluarga pulang ke kampung menjenguk orangtua dan saudara mara.
Ketika dalam perjalanan pulang ke KL, mereka ditimpa kemalangan, dan salah seorang anaknya
meninggal dunia beberapa jam setelah sampai di hospital.

Dia tersepit di tempat duduk pemandu, mengalami kecederaan yang teruk dibahagian tangan, kaki, paha dan punggungnya terpaksa dimasukkan beberapa batang besi penyokong.

Setelah menjalani beberapa pembedahan, dia dibenarkan pulang ke rumah dan doktor memberi masa 6 bulan untuk dia dapat berjalan semula. Tapi, dengan kuasa Tuhan, dengan keazaman yang dia ada, tak sampai 2 bulan dia dapat berjalan walaupun agak lambat dan terpaksa menggunakan tongkat.

"Tak sangka abang dapat berjalan secepat ini, abang memang kuat".

"Alhamdulillah, berkat doa semua.Kamu tau kenapa abang nak cepat2 jalan?".

"Kenapa?".

"Sebab abang nak ziarah pusara anak abang. Masa hari pengkebumiannya abang sedang dibedah,
dan sekarang abang dah sihat sikit baru boleh ziarah dia. Dan abang pasti dia akan senyum tengok
abang jalan terkedek-kedek dengan tongkat".

Argghhh! Kami hanya mampu tahan sebak di dada.

Wednesday, September 22, 2010

Yang Terindah Buat Kita

Dulu, masa kecik2, kemana pegi kami bersama.

Buat benda baik sama2, buat benda jahat pun sama2.

Diasrama, dia tidur katil bawah, aku tidur katil atas.

Sebelum tidur, macam2 cerita, macam2 rasa kami kongsi.

Tamat belajar, kami membawa haluan masing2 dan sejak itu juga terputus hubungan.

Puas aku mencari, puas aku meneka didaerah mana dia berada, namun semuanya hampa.

Pada Syawal ke 2, aku terima panggilan daripada nombor yang tak dikenali.

"Juliet,ingat saya?"

Setelah hampir berbelas tahun, akhirnya dia muncul bersama senyuman berbunga.

Terima kasih teman kerana kamu juga merindui aku.

Biarlah maut saja yang memisahkan kita.

Tuesday, September 21, 2010

Kasihan mulut sama perut

Pegi rumah dia masa raya.
Dia cakap ibubapanya tiada,ada urusan diluar kota.
Dia tanya aku ingin makan apa kerana dia tak bersedia.
Aku cakap makan kuih dalam balang saja.

"Kung kang kung kang, bunyi macam orang bertukang.
Intai-intai, tapi hanya nampak belakang dia.

"Arghhh, sedap juga", kata dia.
Aku hanya angguk-angguk kepala.
Dia suruh aku cuba, errr.....maaf..aku tak berani.




Nasi goreng anak dara, kata dia.
Errr.....macam hangus je....

Wednesday, September 8, 2010

Dinda terima...

Dia kata ada sesuatu untuk aku
Dia kata harus diambil segera
Dia kata benda istimewa hanya untuk orang istimewa

Aku suka
Aku gembira
Aku bahagia




Biskut raya dari Istana Negara. Kamu pun mahu juga?
Err...nanti cuba kutanya pada pengawal berkuda :P

Terima kasih kanda kerana tidak melupakan dinda
Errr....bila nak bagi pingat atau anugerah pula?
Dinda terima dengan hati terbuka. :P

Selamat Hari Raya untuk Kanda dan semua.
Maaf Zahir Batin.

Tuesday, September 7, 2010

Calar Balar




Dia masuk ofis sambil kepit sampul besar.
Dia masuk ofis cepat-cepat.
Dia masuk ofis sambil pandang-pandang muka.

5 minit kemudian.

Dia lambai-lambai.
Dia senyum-senyum.
Dia nampak ceria.

"Untuk you".

Hati dah berbunga-bunga.
Hati dah berkira2 nak ke uptown Danau Kota.
Hati dah kembang.

Ambik sampul besar dari dia, laju2 jalan ke meja.
Rasa nak melompat-lompat gembira.

Buka sampul besar dan lihat isinya,

=

=


=



=



=









Waaaaaaaaaaa, tak mau, tak mau, tak mau. Sampul raya.

Tahun lepas punya pun banyak lagi, waaaaa,waaaaa.

Friday, September 3, 2010

Selamatlah Abishekku....

Semalam berbuka agak terkocoh-kocoh sebab nak pegi The Mall.

Beli henbeg baru? Bukan.

Beli baju raya? Hurmm..cukuplah yang kts bagi sepasang tu.:P

Sebenarnya aku pegi belikan sesuatu untuk dia, tak payahlah korang tau apa yang sedang
 dibungkus oleh abang itu.

Aku belikan sesuatu untuk dia sebagai peneman disana kerana malam esok dia akan
 berlepas ke Manipal, India. Belajar untuk menjadi doktor yang garang macam dr.singa :P

Selamat pergi dan selamat kembali. Jangan bawak balik Aishwarya dari Manipal sudahlah, ku kecewa.

Tetibe rasa nak nyanyi lagu hindi, tapi tak tau la pulak,otak jem :P

Wednesday, September 1, 2010

Perbualan di hujung Ramadhan

Kong, Kong, batuk.
Kong, Kong, batuk lagi.
Kong, Kong, batuk makin kuat.

"Abah tak makan ubat ye sahur tadi?"

"Makan".

"Kalau makan kenapa batuk tu? Kalau ummi tak bagi ubat bukannya abah nak cari sendiri.
Ummi nak tengok anak2 lagi, nak jaga abah lagi".

"Ubat tu besar sangat, ummi nak suruh abah mati cepat ke telan ubat besar2"

"Kalau abah ada insuran juta2, saving juta2, nak jugak ummi doa gitu".

"Errkkkk...gulp"

Errrr....pengajaran dari balik pintu yang aku dapat ialah, sebelum kawin kena tanya pasangan
banyak mana insuran dengan simpanan dia yang boleh aku dapat kalau ditakdirkan sesuatu
berlaku padanya,eheheheheh.