Wednesday, December 30, 2009

Mendung Kelabu



Keretaku luka dilanyak. Dan untuk merawat luka itu maka poketku jadi rabak.
Oh! Gambar diatas tu bukan keretaku, tapi kereta DIA. Oh! Kamu semua kenal DIA, tapi mungkin kamu tidak dapat merapati DIA kerana banyak perkara yang perlu dipatuhi jika kamu ingin bersua dengan DIA. Aku pun tak pernah berjaya duduk semeja dengan DIA tapi aku boleh bermesra dengan kereta-kereta miliknya tak kira masa. Apa barang hanya dapat pegang kereta,hahahahahha.



Oh! Inilah keretaku, antikkan? Kamu ada? Aku ada :D Sedang memikirkan kos untuk mengecat dan mengetuk boot kereta yang disondol oleh siapa.



Thursday, December 24, 2009

Lebih dulu makan garam

Mereka bertiga, berusia lingkungan 55-60tahun.
Aku seorang, berusia lingkungan 20an,hahahahahhaha.

Mereka berbual pung pang pung pang, kadang2 kuat dan kadang2 sangat perlahan.
Aku curi2 dengar sambil pura2 baca majalah lama.

"Segarkan, tu cara baru. Tak payah kotor2".

"Cara apa tadi namanya?".

"Herbaponni".

"Hidroponiklah makcik".

6 pasang mata memandang kearahku dengan wajah yang curiga.

"Errr...saya dengar yang pasal sayur je, pasal lain tu saya tak dengar", kataku sambil cepat2 berlalu dari situ.

Wednesday, December 23, 2009

Hari Besar Dia, Bermula deritaku.......

Aku tahu mulai detik itu makannya pasti bersuap, tidurnya pasti berteman,segalanya dijaga rapi dan mereka yang datang bersalam dengannya mengucapkan tahniah.
Aku hanya mampu menahan segala rasa jauh di lubuk hati melihat kebahagiaannya.
Cemburu? Tidak, aku bukan orang yang begitu. Sedih? Tidak, malah aku gembira.
Aku hanya mampu doakan segala kebaikan untuknya.

"Acik, buatkan abang air milo, gelas besar ye, milo taruk lebih sikit, hantar kat depan tv nih".

"Apa ko ingat ko baru sunat semalam? Ambik sendiri, tak kuasa nak layan".

Penat melayan budak bersunat lebih dari melayan orang bersalin pulak. :C

Friday, December 18, 2009

Enjoy2, Insaf2.

"Ready?"

"Aku tak ingat sangatlah".

"Takpe, aku kira 123, ko masuk yek".

"Ok"

"Kau bagaikan udara yang membantu aku hidup diatas dunia...bla...bla...."

Ya, hari ni aku keje, tapi bos besar takde, bos kecik takde, apalagi berkaraokelah kami dalam opis.

"truuut...truuuut", sms masuk. Aku ambik henpon, tekan tengok mesej,dari dia.

"Salam Maal Hijrah Juliet". Oh! Macam mana aku buleh lupa ni. "Tukar lagu beb".

"Ucaplah alhamdulillah, syukur kita kepada Allah......"

Salam Maal Hijrah kawan-kawan :D

Tuesday, December 15, 2009

Hijau dan Biru

" Lama tak datang sini ye".

" Setahun lebih rasanya".

" Pelik ye lampu isyarat kat sini kaler biru, patutnya kaler hijaukan".

" Haah la, pasal apa dorang letak kaler biru? Tapi cantik gak".

" Dah 5-6 lampu isyarat kita jumpa semua kaler biru, untuk daerah ni je kot".

" Patut kita nampak kaler biru, kita pakai spek itam la wehhhh,kakaka".

" Errrr.................

Sesekali pakai spek itam yang dibeli dari Hinade Shop best juga,hahahhahahaha.



Thursday, December 10, 2009

Ukur dulu

"Dia ukur pakai apa?".

"Entah, pembaris agaknya".

"Pembaris kayu ke plastik?".

"Pembaris besi kot".

"Macammana cara dia ukur?".

"Mana tau, tengok je lah nanti".

"Takkan acik taktau,acik sunat dulu tak ukur ke?"

"Errrr.....errrr......errrr....

Rupanya di sesetengah klinik sebelum berkhatan kena ukur dulu ye, manalah aku tau.

Monday, December 7, 2009

10tahun....akhirnya

10tahun, bukan setahun atau 2tahun dia menanti saat itu. Dan semalam, dia telah berjaya menggenggam segugus anak kunci. Dari kunci pagar depan hinggalah kunci dapur, juga kunci bilik air.

Kisah dia, kakak aku ler tu. Dah puas mencari rumah untuk dibeli, ada yang berkenan dihati tapi harga terlalu tinggi maka terpaksalah dilupakan. Ada yang harganya mampu dimiliki tapi kedudukan rumah yang jauh dari tempat kerja, maka terpaksa diabaikan juga.




Akhirnya, dia puas hati dengan yang ini. Rumah teres 2 tingkat lot tepi, dengan 3bilik tidur dan 2 bilik air, cukup selesa bagi mereka 5 beranak. Di KL ni bukan senang nak dapat rumah yang diatas tanah begini, kalau ada pun harganya tak mampu untuk dibeli oleh dia yang sekadar gaji cukup makan, hujung bulan gigit jari.
Nampaknya penantian dan harapannya selama 10tahun untuk memiliki rumah sendiri telah terlaksana, dan aku harap bila dah ada rumah baru ni janganlah dia selalu bawak anak2nya datang rumah aku lagi, habis bersepah sampai dah tak larat aku nak mengemas,pening kepala.:D


Friday, December 4, 2009

Cuit mencuit

Hari ni kena paking kereta jauh sikit, maklumlah,rumah disebelah kiri temanya hijau, rumah disebelah kanan temanya ungu dan pink, dah kiri kanan penuh khemah macam mana nak paking kereta depan rumahkan. Semangat berjiran, begitulah, hari ni hari dorang, esok hari aku pulak,kekekekeke.

Petang ni ada rewang rumah jiran. Selalunya orang upah katering masak, tapi jiran aku ni masak secara bergotong royong, lagipun dia tukang masak haruslah ingin menunjuk skill dan teknik tersendirikan.

Bab masak memasak dan penanggah bagai ni aku tak masuk campur, aku cuma nak duduk tepi pelamin je, dan dengan perkataan yang lebih tepat lagi ialah duduk tepi gubahan sireh junjung, macam biasalah, buat kerja untuk ambik berkat ni bukannya senang, banyak sungguh halangan,hahahaha.

Mengecik lagi ler baju aku ni, asyik makan nasi minyak je sepanjang minggu.

Thursday, December 3, 2009

Tolong tepati masa

"AHHHHHHHHHH,LEGA"

Terdengar mak sedang berbual dengan seseorang di luar rumah.

"Tadi cakap mau datang pukul 3, sekarang pukul 6 baru sampai".

"Sorilah makcik, saya buat keje kat Sg.Buloh tadi, hujan, jalan jem".

"Takpelah, janji datang. Pegilah tengok dulu, nanti kita bincang".

"Ayooooooooooooooo".

"Apa pasal"?

"Udara dalam kurang bagus,besok sajalah saya tengok".



Mana aku tau mak panggil orang repair tandas, kalau aku tau mesti aku guna bilik air satu lagi,hahahhahahhahaa.

Tuesday, December 1, 2009

Lebih Santai



2orang budak lelaki ini dengan bergayanya terjun kedalam kolam renang dengan memakai baju melayu sehinggakan ramai budak2 lain yang memandang kearah mereka sambil berbisik.
Aku syak budak2 lain tu jeles sebab dorang tak pernah mandi di kolam dengan baju melayu dan aku juga syak dorang baru tahu yang baju melayu itu banyak kegunaanya tak kira didaratan atau dilautan.